Jamal Abdillah Pernah Cipta Lagu Mengenai Marijuana - OHBULAN!

berita

Jamal Abdillah Pernah Cipta Lagu Mengenai Marijuana

May 10th, 2012 | by Ell | 8 comments
Kini Trending

Tahniah kami ucapkan pada Jamal Abdillah kerana masih lagi mewarnai industri hiburan tanahair dan juga kerana singlenya yang berjudul “Aku Maafkan Kamu” bersama Malique telah mencatat jumlah tontonan yang mengejutkan di laman Youtube.

Untuk pengetahuan, Jamal Abdillah telah meraikan hari lahirnya yang ke-53 pada 7 Mei lepas dan semalam, dia telah dikejutkan dengan parti harijadi yang dirancang oleh pihak Warner Music di Restoran Dareen, Solaris Mont Kiara. Kejutan ini turut diserikan lagi dengan persembahan mantap oleh beberapa orang peminat setia Jamal Abdillah.

Dalam pertemuan OHBULAN! bersama penyanyi yang cukup dikenali dengan vokalnya yang mantap ini, Jamal Abdillah telah mendedahkan beberapa perkara yang kami pasti bukan setakat umum tidak tahu malahan peminat dan orang yang juga rapat dengan dirinya.

Terkejut juga kami apabila mendapat tahu bahawa Raja Pop Malaysia, Jamal Abdillah pernah mencipta lagu berinspirasikan marijuana atau lebih dikenali sebagai ganja. Jamal yang pernah menjalani pemulihan dadah selama 5 tahun di Rumah Pengasih telah mengakui bahawa dia ada menyimpan lirik lagu berjudul “Kuhidu Bunga Berbisa” yang merujuk pada daun ganja.

“Tajuk lagu ini adalah berkenaan dengan sejenis bunga popi (opium) yang ditukar oleh manusia menjadi sesuatu yang beracun,” jelas Jamal Abdillah mengenai tajuk lagu tersebut.

Walaubagaimanapun, Jamal masih belum berfikir samada lagu itu akan dilancarkan secara rasmi kepada umum atau hanya akan disimpan secara peribadi olehnya.

Dalam pada itu, Jamal turut memberitahu bahawa dia tidak akan bersara dari dunia muzik walaupun umurnya semakin meningkat.

“Harapan saya, saya ingin berada di persada seni ini sehingga bila-bila. Saya tak mahu bersara,” tegas Jamal Abdillah.

Semoga Jamal Abdillah akan terus menghiburkan para peminat dengan lagu-lagunya yang sentiasa menjadi siulan ramai.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

8 Comments

  1. Pondan Sepi says:

    Bagi aku lah kan. Walaupun aku ni kurang mengenali & meminati JAmal Abdillah ni! Tp memang xde sape dpt nafikan dia merupakan Penyanyi Lelaki yang mempunyai suara TERBAIK di Malaysia! Kalau dgr dia nyanyi Live sumpah sebulan x habis dgr suara dia terngiang2 kat telinga! Kalau penyanyi2 skrang suara semua mcm suara kuda! Lepas tu yg penyanyi lelaki semua nk tiru style suara Jama iaitu besarkan suara dgr je lah kumpulan Forteen tu! x pyh la nk bearkan suara sgt!

    (0)