berita

Jangan Mengada-Ngada Buat 6 Perkara Ini Pada Bayi Yang Baru Lahir

August 5th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang

ohbulanbaby

Menimang cahaya mata pastinya satu kegembiraan yang cukup luar biasa buat pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi jika ianya merupakan bayi pertama.

Biasalah kalau dah terlebih teruja ini kadang sampai lupa apa yang patut dilakukan dan apa yang perlu dielakkan. Jadi berikut 6 perkara tersebut.

Jangan bagi orang sembarangan cium

cium

Jangan salah anggap, bukan tak bagi cium sebab anak korang terlampau comel ke apa tapi seeloknya elakkan atas sebab faktor kebersihan dan kesihatan.

Iyalah bayi kan, takut terdedah dengan bakteria dan kuman memandangkan bayi baru lahir ini sistem imunisasinya masih belum berfungsi sepenuhnya.

Overdressed bayi, kalau boleh semua nak dipakaikan

Screen Shot 2015-08-05 at 3.27.06 PM

Ini perkara biasa yang selalu dilakukan oleh para ibu bapa. Lagi-lagi mereka yang baru pertama kali menimang cahaya mata.

Rileks, awal-awal ini chill dulu. Bukan apa, takut bayi kurang selesa dengan pakaian yang penuh dengan renda itu.

Elakkan beri bayi puting

milk

Sebabnya masih terlalu awal. Seeloknya diawal kelahiran beri susu ibu, bagus untuk tumbesaran bayi kerana mengandungi nutrien yang diperlukan

Malah ada yang cakap, susu ibu boleh mengeratkan lagi  emosi antara ibu dan anak.

Selalu periksa lampin, jangan biar kotor terlalu lama

babyy

Biasanya si ibu memang sentiasa peka mengenai kebersihan bayi. Sikit-sikit periksa lampin basah atau tak. Baguslah untuk pastikan bayi selesa dan mengelakkan ruam.

Chill je, kekalkan environment rumah seperti biasa.

bayiii

Tak payah kalut-kalut nak buat ubah suai ruang tamu atau bilik. Kekalkan environment yang sedia ada, biasakan bayi dengan dunia ‘luar’ pula.

Temujanji dengan doktor kena tepati

Screen Shot 2015-08-05 at 3.30.15 PM

Patuhi dan ikut je temujanji yang telah ditetapkan. Dengan cari ini boleh tahu perkembangan bayi.

Apa-apa pun terpulang kepada ibu bapa itu sendiri. Lain orang lain cara nya kan?

Sumber : Vanilla Kismis

SKIP THIS AD ×