berita

Jangan Pertikai Isu Tawaran Kerja Kerana Bertudung – Sheila Rusly

July 27th, 2012 | by Ell | 32 comments
Isu & Kontroversi

Jangan Pertikai Isu Tawaran Kerja Kerana Bertudung   Sheila Rusly Jika semalam Umie Aida menulis kenyataan di Twitter-nya mengatakan orang yang cetek pemikiran sahaja berfikir begitu (soal tudung), hari ini melalui mStar Online, Sheila Rusly dan beberapa orang selebriti lain turut tidak bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan oleh Abby Abadi.

Bagi Sheila Rusly yang sudah hampir 5 tahun ‘berhijrah’ memakai tudung, tidak ada isu tawaran berlakonnya semakin merosot dan dia mengaku tidak pernah nampak masalah timbul pada artis bertudung.

“Sudah lima tahun saya bertudung dan rezeki tidak putus sehingga kini. Sebagai pelakon dan penerbit, saya tidak nampak sebarang masalah timbul kepada artis bertudung. Di Malaysia, kita ada banyak saluran televisyen, malah ada saluran Islamik yang membolehkan penghasilan banyak drama berunsurkan Islam. Ini sekali gus memberikan jaminan platform kepada aktres wanita yang sudah bertudung.”

Sheila juga berkeras bahawa isu bertudung tidak wajar dianggap sebagai penyekat pintu rezeki.

“Jadi, tidak wajar isu bertudung dianggap penyekat periuk nasi dan rezeki dalam bidang seni pula. Ada banyak jalan cuma kita perlu bersabar dan terus berikhtiar,” katanya.

Apa yang lebih pasti, Sheila turut memberitahu bahawa niat untuk berhijrah adalah kerana Tuhan. Jika seseorang artis itu mengeluh selepas berhijrah, maka ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.

“Jangan pertikai isu tawaran lakonan atau kerja merosot hanya kerana kita bertudung. Artis terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah. Maka, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan bertudung itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah.” – Sheila Rusly.

Antara artis yang turut tidak bersetuju dengan pendapat Abby Abadi di Malaysian Insider termasuklah Aida Khalida dan Wardina Saffiyah.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

32 Comments

  1. elisya says:

    betul tu sheila..setuju sgt2…

    (0)
  2. sutera pelangi says:

    apa y dikatakan oleh sheila mmg btul pun..rezki ada kt mna2 cuma kta je kena brusaha..

    (0)
  3. zarah says:

    setuju dengan shila rusly…. rezeki Allah swt yg tentukan!

    (0)
  4. mimi says:

    sokong sheila.maybe xde org nak bg job kat dia.artis lain yg da berhijrah dpt job elok2.dia xde org nk offer kot..

    (0)
  5. cawan says:

    Bagus kak sheila..tu point tang paling tepat…alhamdulillah kalau da bertudung..rezeki Allah yang tentukan tp dgn usaha…ok

    (0)
  6. E.H says:

    btol3~ :)

    (0)
  7. D says:

    abby meroyan! hahaa

    (0)
  8. doremon says:

    betul tu kak shiela… sebagai contoh.. walaupun saya tak suka akhlil , tapi dia boleh
    mengacarakan rancangan sendiri sambil berdakwah..
    sekarang ini banyak rancangan berunsurkan keagamaan.

    (0)
  9. KUNYIT says:

    SETUJU NGN SHEILA!!!!!!! RAMAI GAK RETIS PAKAI TUDUNG YG DAPAT BANYAK TAWARAN. WARDINA, IRMA HASMIE, FARAH DIANA, DLL…

    (0)
  10. kucing says:

    kesian nya tgk abby TERDESAK sangat.

    (0)
  11. Lililola says:

    abby abad kalu x bertudung pun xde pengarah pun yg nak amik berlakon..

    (0)
  12. Lililola says:

    abby bertudung ke..x btudung ke, same je..tetap xde job! cos why?? xde commercial value kot! artis lain yg brtudung ok…jer! melimpah ruah rezeki

    (0)
  13. apa je la says:

    betul kt sheila tu…sokong sgt2…pd aku kalo dah tak de org panggil berlakon blh bt bisness per…enot tu pun sanggup jual kek n cup cake….selamba je dia…rezeki nie allah yg bg janji berusaha…takkan nak tunggu semua job jth keriba…

    (0)
  14. Ahsrey says:

    allah tak suruh pakai tudung….allah suruh tutup aurat…
    pakai tudung tapi brg tersembul2..wallahhua’lam

    (0)
  15. andru says:

    salam…
    semua org ade pendapat masing2 dan mempercayai setiap rezeki datngnya dri ALLAH maka apapun kita kerjakan samada pakai tudung atau tidak semuanya ada rezeki dri yg maha Esa
    tpi yg paling sempurna seseorg yg memakai tudunglah…
    kita jngn masalah pd diri kita dan kita samakan dengan org lain, sbb setiap org iktikadnya pd Allah berlainan dan dengan iktikadnya itulah yang akan dipandang oleh Allah dan terpulang pd Allah nak buat mcm mna, cara Allah memberikan rezeki dan sebagainya..
    kita sebgai umat Islam harus bersatu bukan bertengkar dengan masalah yg kecil malu dengn org lain, cadangan sya pergilah menimbah Ilmu lgi untk kegunaan kehidupan sehrian kita supaya masalah seperti ini tidak berlaku lagi kerana hukumnya telah kit pelajari. insyaallah..

    (0)
  16. gee says:

    5 thn bertudung tp x mnutup aurat spenuhnya…x jd jgk

    (0)
  17. kiah says:

    mungkin abby & barisan artis2 yg sudah berhijrah kurang @ tidak mendapat tawaran berlakon kerana aura & kredibiliti @ market demand yg kurang! Sbg contoh abby berlakon nampak kaku & kekadang nampak x menghayati watak – mana rating nak naik & produksi pun x ada untung! Mungkin bukan rezeki abby didlm bidang lakonan. Bynk juga artis2 yg bertudung mendapat tawaran belakon & juga membuat iklan, Duta produk & sbgnya – mungkin abby & pelakon2 lain yg bertudung bukan pilihan @ bukan rezeki.. bertudung kena ikhlas & jgn mengeluh atas penghijrahan itu & Insya Allah ada rezeki mu abby!

    (0)
  18. Dia says:

    Bertudung macam tak bertudung akak Sheila ni… Ngan nampak lehernya…

    (0)
  19. ZeeReef Tgk Dari Jauh says:

    kak Sheila ada production house sendiri..apa susah..blakon pun dgn drama PH sndiri..kak Abby kna brsabar.klu btl2 ikhlas,insyaAllah ada rzki…setiap org ada rzki masing2..yg pntg kna usaha n sabar..

    (0)
  20. H says:

    Bila buat sesuatu tidak ikhlas ini lah yang terjadi pada abby abadok tu . Semakin xsuke la minah meroyan ni , bagus sheila rusly . Dia melihat isu ini di sudut yang berbeza , abdok tu yang cetek pemahamannya sebenarnya . Ke saja nk tarik orang ramai supaya alert dan ulas pendapat abdok tu . Nk bg pengarah nmpak sikit y abadok bekerja keras nk tingkatkan dakwah sesat dia . / UWerrrkkk, termuntah aku

    (0)
  21. lala lulu says:

    OH BULAN KENA SAMAN 1 JUTA REGARDING KES BEKAS ISTERI HATTAN,,,OMG

    (0)
  22. cute says:

    abby abadi sedihhhhhhhh…dia x displin pon..

    (0)
  23. iAwani says:

    pelakon wanita bertudung pasti dapat sambutan berterusan, trend sebegitu sudah nampak kini.

    (0)
  24. zam-relau says:

    sheila ni pun pakai tudung ala ala tak pakai.. nampak leher… tak sempurna … sat lagi aku kata baik tak payah pakai, melenting pulak.. agama ni bukan ikut kepala hotak kau ok!

    (0)
  25. Nasi Katok says:

    UMI AIDA kalau pun nak beri pandangan jangan lah sampai mengaibkan orang..kata org cetik fikiranlah..ape lah…CERMIN & MUASABAH DIRI..adalah sebaik-baik jalan menuju keredhaan Allah SWT..dari Hamba Allah yang jauh NBD..

    (0)
  26. ana says:

    yg penting nawaitu…soal rezeki itu semua kerja tuhan tidak kira sesiapa yg memerintah pun..klu kita ikhlas rajin niat baik dalam bekerja insyaallah tuhan tetap akan bg rezeki cuma antara lambat atau cepat jer…jgn menyalahkn sesiapa yg memerintah dan yg layak memerintah sbagainye…sbnrnya tuhan nk menguji kesabaran kita dan tidak perlu menyalahkn antara satu sama lain..menasihati boleh tp bknnyer mengaibkn org dan cepat meletakkn hukum..soal yg x pakai tudung bila kita dah nasihatkn soal dgr atau x dgr x per biarkan insyaallah pintu hatinya akan terbuka nnti…klu dlm lakonan makin berkurgn dan menganggap pakai tudung job makin kurang cuba usaha dgn kerja lain tulis novel ker, cipta lagu ke arah islamik ker dan sbgainya.

    (0)
  27. tis zakyo says:

    blah la ko abby,baik meniaga serunding

    (0)
  28. ikin says:

    sheila bertudung je…=tutup rambut leher n susuk badan tetap nmpak.btas pergaulan pon xjaga sgt sbb tu laku je lagi dlm bidang penuh kelalaian ni…kan???

    (0)
  29. fahmy says:

    betul kak shila… memang cetek lah yg ckp tu.. dulu masa nak cerai serang2 suami kat tepi jalan… dah berhijrah kompang 1 dunia.. xde job sb sibuk ‘kuliah’ pun nak kompang salahkan org laen… sumer salah org lain… nampak sgt ‘trauma yg melanda menikam nikam jiw..’ hehehe

    (0)