berita

Jangan Samakan Saya Dengan Pondan Lain – Dugaan Masih Berwajah Wanita Walau Sudah Berhijrah

February 16th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

ohbulan_safiey ilias

Pada tahun lepas nama Safiey Ilias menjadi salah satu topik hangat yang sering diperkatakan netizen. Bermula dengan kejayaannya bergelar jutawan kosmetik pada usia belasan tahun, Safiey Ilias kemudiannya mendapat pujian dan penghormatan apabila ingin berhijrah daripada ‘mak nyah’ kepada lelaki semula.

Di Instagram semalam, Safiey Ilias meluahkan dugaan terpaksa ditanggungnya apabila bawa muka perempuan dan memegang watak sebagai lelaki.

Saya ni dah hampir fully reno muka & badan

Screen Shot 2017-02-15 at 11.56.57 PM

Awk, jangan samakan muka saya dengan muka2 pondan2 lain yg berhijrah. Saya ni dh hampir fully reno muka dan badan saya. Dan dah bedah buang jugak beberapa part yg boleh dibuang, tapi tetap akan ada bentuk yg lama sebab kalau buang silikon2 di wajah ni 30% je mampu buang.

Kalau suruh beberapa maknyah lain yg dh reno tu botak pun, muka tetap nampak perempuan. Sebab memang dh direno. Tapi yg dh reno, reno lah . Allah dh bagi rasa nikmat reno muka tu dulu. Tapi Allah lagi sayang dia bagi pula hidayah..

Jangan samakan sesekali muka saya dgn muka hakak2 tak reno. Yg tu mmg dh muka lelaki cuma rambut je panjang . Kalau botak, keluar la muka mat rempit..

Dugaan saya terpaksa bawa muka perempuan ni

Screen Shot 2017-02-16 at 12.07.04 AM

Dugaan saya terpaksa bawak muka yg dh perempuan ni memegang watak sebagai lelaki. Aku ni kadang masuk tandas OKU tau sebab takut abg2 lari lintang pukang tengok perempuan masuk tandas lelaki. Nk masuk tandas perempuan pulak, perempuan kenal aku. Nanti cakap aku ni berubah ke belum ! Jadi masuk je tandas OKU. Kadang sanggup tahan kencing balik rumah sebab nak kencing..

Bagi saya, berubah tu pada hati, pada ibadah. Kalau kita nak kata yg benar2 maknyah hijrah bermuka lelaki sahaja adalah hijrah yg sebenar, kita salah sgt2. Setiap org tak sama ujian. Lagi2 kita yg tak berada di tempat mereka..

Saya jadi diri sendiri sahaja!

Screen Shot 2017-02-16 at 12.08.12 AM

Nak suruh saya pergi gym, tak tahu pulak berapa kali kita dh buang lemak, ambil treatment HCG nk kekal kurus sampai metabolisma badan meningkat. Tak tahu lah lemak tu nk tumbuh celah mana sebab lapisan lemak pun dh tak ada. Kalau dada aku bidang pun, tak akan aku tayang sebab parut buang tet haritu jelas kelihatan. Atau lagi buruk, dh la sado tapi jalan lenggang!

Saya kesian kalau ada maknyah2 yg dh potong hijrah, mcm mana agaknya ujian mereka? Mmg tetap org kata perempuan sampai ke akhirnya sebab benda tu dh tak ada. Pikir lah sendiri. Saya jadi diri sendiri sahaja! Kalau rasa nk berkawan dgn org hensem, aku bukan orgnya! Salam keamanan.

sumber : realsafieyilias

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×