berita

Janganlah Ringan Mulut Tabur Fitnah – Ini Amaran Hanez Suraya!

September 12th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

hanez suraya

Mesti ramai yang tertanya-tanya kebenaran mengenai desas-desus kononnya selebriti paling sensasi 2014, Hanez Suraya bakal menamatkan zaman bujangnya di sebuah portal hiburan terkemula.

Dengan siapa? Ramai yang meneka bahawa Hanez bakal bernikah dengan pilihan hatinya, Romie yang juga merupakan penyebab utama namanya menjadi bualan ramai dek kerana status Romie yang masih suami orang.

Tapi, sebenarnya gosip ini timbul apabila pereka fesyen terkemuka, Hatta Dolmat memuat naik foto Hanez menggayakan busana pengantin. Jadi, ramailah yang buat spekulasi bahawa busana itu milik Hanez dan bakal digayakan di hari bahagianya.

Screen Shot 2014-09-12 at 11.22.26 AM

Antara busana ala pengantin yang digayakan oleh Hanez Suraya

Assalammualaikum.. Malam ni sy nak beritahu anda smua yg selama ni jd tanda tanya pd smua.. Xpernah dr mulut sy yg mengatakan sy nak bernikah atau kahwin dgn sesiapa!!

Ada pihak2 yg cuba buat andaian sdiri utk naikkan rating blog masing2, sy harap anda kerja dgn lebih professional dgn ada bukti yg sahih..

Dan kpd yg dh tabur fitnah ada yg kata dh dpt kad, tarikh bagai tu semua fitnah belaka.. Selama ni benda yg baik sy akan share pd smua.. Jd jgn lah terlalu percayakan dr sumber2 yg x benar!!

Dan jgn lah ringan mulut utk menabur fitnah.. Sy pon xreti nak berbahas lg.. Maafkan sy kalau slama ni menjadi persoalan pd smua.. Sy buat mcmni kerana sy hormat kerja sy..

Sbb ini adalah campaign utk HATTA DOLMAT WEDDING COUTURE.. Sekian terima kasih.. Assalammulaikum~ Video by @cairellmarwan for @hattadolmat #hattadolmatweddingcouture Makeup by @razzimusa Hair by @sherryalauddin Styling by @tymfatimah Photo by @muhammadzameer

Screen Shot 2014-09-12 at 11.30.50 AM

Baju merah ni memang awesome okay!

Nah, penjelasan telah pun dibuat oleh Hanez mengenai salah faham orang ramai yang menyangkakan bahawa dia bakal bernikah dengan Romie tak lama lagi.

Sebenarnya isu-isu kahwin ni agak sensitif, lebih-lebih lagi jika lelaki yang digosipkan mahu memperisterikannya itu bukanlah lelaki bujang.

Mungkin isteri pertama Romie yang akan lebih terasa bila berita ini tersebar kan? Tapi, seperti apa yang dijelaskan oleh Hanez, segalanya adalah tidak benar dan busana tersebut digayakan untuk kempen Hatta Dolmat.

Kredit foto: Instagram Hanez Suraya

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×