berita

“jgn nk tuding jari kt Search ats penipuan korng” – Amy Search ‘Ajar’ Penganjur Cakap Gebang

October 13th, 2015 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

 

Amysearch

Bengang dengan penipuan penganjur, vokalis daripada kumpulan rock terkenal Amy Search ‘sekolahkan’ cara penganjur tersebut mengendalikan sesebuah acara.

Penganjur tersebut dikhabarkan memberi harapan palsu kepada beberapa pihak yang boleh menjejaskan reputasi nama kumpulan Search sendiri. Oleh itu, Amy tampil memberikan komen terhadap isu tersebut.

“jgn nk tuding jari kt Search ats penipuan korng.”

Screen Shot 2015-10-13 at 02.04.36

Difahamkan, penganjur yang lebih dikenali sebagai Joey itu telah ‘menjual nama’ kumpulan Search tanpa sebarang kata putus daripada penyanyi itu sendiri, dia juga memberikan harapan palsu kepada pihak penaja lokasi, Kluang Mall dan peminat di sana.

Gambar screenshot perbualan penganjur melalui Whats’ app yang dimuat naik olehnya menunjukkan bahawa pihak penganjur seolah-olah menyalahkan Search dalam masalah mereka.

Atas permintaannya untuk mendapatkan komen daripada Amy, namun penyanyi tersebut membuat keputusan untuk mengulas isu tersebut melalui laman Instagram miliknya untuk ‘ajar’ penganjur tersebut.

Meh sini, tk payah nk skrin capture. Aku ajo cm mana nk buat promo kt Mall. Utk pengetahuan Joey
Biasa nya kalau artis nk buat promo kt shopping mall. Promo yg paling baik sbln dri tarikh tu atau pn 2 minggu supaya pihak Mall bole promote kt pengunjung2. Bkn mcm awk 2 ari sblom tu anto surat kt Kluang Mall nk buat promo konsert Search dn kata Search akn turun situ. Kluang Mall percaya, Kluang Mall pn bgi korng free pakai venue sbab excited Search nk turun. Penganjur konsert dn korng pn tau Search tk bole terlibat dlm ape2 meet n greet dgn fans slps 3hb sbab dh mula rehearsal. Tpi korng tipu Kluang Mall dn fans. Lps tu korng tipu lgi kata Search tk dtg sbab org tk ramai.
Buat pengetahuan korng dlm sesi meet n greet selama berthn thn tiket2 konsert memang selalu nya tk jln sngt itu perkara biasa. Dh beratus konsert kite org main dn reputasi Search sngt baik lah bro. Success sbuah konsert itu dgn A & P yg baik. Awareness dn hype main peranan penting utk jdikn successfull consert. Jdi jgn nk tuding jari kt Search ats penipuan korng.#bdkjohor #anaksenibangsajohor

Sumber : Instagram akuamysearch

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×