berita

Jimmy Shanley & Mamat Sepah Meriahkan Ultra FM

November 28th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Pelancaran Stesen Radio Baru KL-17

Beberapa hari lepas, Ultra FM telah mengadakan majlis sempena pelancaran radio tersebut secara rasminya.

Membariskan penyampai-penyampai radio terkenal seperti Jimmy Shanley, Sharifah Shahirah, Fizi Ali, Mon Ryanti dan Mamat Sepah, radio ini bakal diudarakan di sekitar Lembah Klang dengan frekuensi 101.3 fm.

Pada awalnya, Ultra telah menggunakan nama UFM. Namun atas sebab-sebab tertentu, pihak radio telah mengambil keputusan untuk menukar nama kepada Ultra FM yang kami kira lebih urban dan sesuai.

Menariknya, Jimmy Shanley bakal digandingkan bersama Mamat Sepah dalam satu slot manakala Mon Ryanti pula akan mengacarakan Ultra FM dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Pelancaran Stesen Radio Baru KL-24

Antara penyampai radio yang bakal menghiburkan anda

Selain itu, para pendengar juga boleh mendengar Sharifah Shahirah berceloteh dari jam 3 petang hingga 8 malam, manakala jam 8 malam hingga 1 pagi merupakan giliran Fizi Ali untuk berinteraksi bersama pendengar Ultra.

Bercakap mengenai pemilihan lagu, pihak Ultra bakal menyajikan hiburan berkualiti dengan kepelbagaian genre lagu sama ada daripada generasi muda mahupun yang lebih tua seperti muzik lama, dangdut, evergreen dan sebagainya.

Kami akan memutarkan lagu popular untuk pendengar Lembah Klang sama ada lagu tersebut popular di Kuala Lumpur atau kawasan lain, kami tetap akan mainkan di corong radio.

Selain memberi peluang kepada pemuzik tanah air mengetengahkan karya mereka untuk dimainkan di corong radio, kami juga akan menerima bakat-bakat baru.

Selain memutarkan lagu hit, stesen ini juga digunakan sebagai medium utama untuk menyalurkan informasi dan berita yang berlaku di Lembah Klang.

 

 

 

SKIP THIS AD ×