berita

Johan As’ari & Kaka Azraf Selar Tindakan Zizan Razak Bekukan Akaun Syarikat

June 25th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

johankaka

Nampaknya kontroversi yang melanda syarikat milik pengacara dan pelawak terkenal, Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE) tak pernah surut-surut.

Terbaru, kami dengar artis-artis dibawah naungan syarikat ini termasuk Johan As’ari bengang dengan sikap pengarah urusan mereka iaitu Zizan Razak yang telah membekukan akaun syarikat.

Dek kerana itu, Johan tidak menerima pendapatan bagi bulan Mei hingga menyebabkan dia tidak dapat membayar bil rawatan ibunya di hospital. Hmm kenapa boleh jadi macam ni ya?

big_thumb_4d75

Kalau korang nak tahu, menurut laporan Harian Metro, Zizan telah membekukan akaun syarikat sejak 4 Jun lalu kerana masalah yang dihadapi bersama seorang lagi rakan kongsinya.

Menurut Johan dia sekeluarga baru berpindah ke rumah baru, namun kerana tindakan Zizan itu, dia kini berdepan dengan pelbagai masalah.

Saya juga sedih kerana tidak dapat membelikan hadiah untuk bapa sempena Hari Bapa, baru-baru ini. Sekarang baru sedikit demi sedikit saya dapat membantu keluarga hasil duit wang simpanan.

Bukan je Johan seorang, malah, Kaka Azraff turut menerima tempias yang sama hingga merasakan dirinya menjadi mangsa kerana tindakan Zizan itu.

Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri

Dengar cerita, kedua-dua selebriti ni bakal membuat laporn polis mengenai perkara tersebut. Ish serius benor bunyinya. Zizan pun, kot iya ada masalah dengan orang lain, janganlah melibatkan orang lain. Tak gitu?

P/S: Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

SKIP THIS AD ×