berita

Johan Ingin Kahwin Lana, Anggap Shila Adik

November 28th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Santai Pizza Hut with Media Hiburan-23

Pastinya ramai peminat industri hiburan tempatan terkejut dengan berita mengenai kesediaan Johan As’ari untuk memperisterikan pelakon kontroversi, Lana Nodin hanya selepas tiga hari berjumpa.

Menerusi Berita Harian hari ini, hubungan kedua-duanya dilaporkan mula rapat selepas berjumpa buat pertama kali dalam sebuah program pada 18 Oktober lalu.

Sejak dari itu, mereka saling bertukar nombor telefon dan keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum Johan nekad melamar Lana.

Menurut Johan, dia cukup yakin Lana adalah calon isteri terbaik seperti yang didoakan di depan Kaabah sewaktu mengerjakan umrah awal tahun ini.

bh

Jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah ketentuan-Nya. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya.

Pelakon yang pernah digosipkan bercinta dengan Shila Amzah baru-baru ini turut mengakui Lana seorang yang lemah lembut dan menyenangkan.

Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia punya kelembutan tersendiri. memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula sewaktu saya melamarnya. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin.

bh

Bagaimanapun, Johan menjelaskan tidak akan melangsungkan pertunangan pada bulan Disember ini seperti yang dirancang kerana jarak waktu yang terlampau singkat.

Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan.

Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa-gesa.

Dalam masa yang sama, Johan mendedahkan keluarga Shila sudah terlebih dahulu mengetahui keputusannya untuk memperisterikan Lana.

Sebelum ni saya sudah menjelaskan, keakraban saya dengan Shila hanya sebagai adik dan abang. malah, ibu Shila yang selama ini menganggap saya sebagai anak, sudah saya maklumkan.

Bagi Lana pula, keikhlasan dan ketulusan hati Johan membuatkannya sebak dan mampu membuka pintu hatinya untuk menerima jejaka berusia 26 tahun itu.

SKIP THIS AD ×