berita

Johan Terdesak, Gadai Barang Kemas Isteri

April 29th, 2015 | by Ash Nordin
Isu & Kontroversi

FotorCreated

Untung la siapa yang dapat suami yang baik seperti Johan ni. Apa yang isteri tercinta minta Johan akan tunaikan. Ini kerana pada awal perkahwinan mereka pernah mengharungi detik susah sehingga Johan terpaksa menggadaikan barang kemas hadiah perkahwinan Ozlynn demi menanggung kehidupan seharian.

Johan Ketua Keluarga Yang Baik

Screen Shot 2015-04-29 at 11.45.56 AM

Bercakap mengenai tugas Johan sebagai ketua keluarga, Ozlynn amat bersyukur kerana dijodohkan dengan pasangan yang sentiasa mengutamakan keluarga dan mengambil berat tentang perihal keluarga.

Sama seperti isteri lain, tentunya melihat kejayaan suami sendiri mendatangkan kepuasan buat diri ini. Maklumlah, kami pernah susah bersama-sama. Tidak ramai yang tahu, pernah satu ketika, saya terpaksa membenarkan dia menggadai barang kemas hadiah perkahwinan untuk makan seharian. Bayangkan, bagaimana susahnya kami waktu itu.

Bercerita mengenai hidup susah pada fasa awal perkahwinan, situasi pada masa itu menjadikan hubungan mereka semakin kuat dan rasa makin sayang pada satu sama lain.

Namun saya bersyukur sangat. Melewati waktu sukar itu, Allah limpahkan rahmatnya. Hubungan yang baru saja kami bina itu menjadi semakin kukuh dan utuh. Malah, kami menjadi semakin sayang, tidak pernah bergaduh walaupun dalam keadaan langsung tidak berduit.

Ozlynn Utama Keluarga

Mengenai perkembangan terbaru Ozlynn, beliau akui rindu untuk beraksi didepan kamera memandangkan profesion sebagai seorang pelakon. Namun, Ozlynn terpaksa mengurangkan aktiviti seni demi menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri.

Saya masih berlakon, tetapi memang terpaksa memilih memandangkan saya sangat menitikberatkan skrip yang diterima. Selain itu tugas sebagai seorang isteri dan ibu juga harus diberi keutamaan dahulu memandangkan saya mahu memastikan keluarga sentiasa menjadi keutamaan buat diri saya

Sumber: Utusan Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×