berita

Jonathan Putra Berusaha Puasa Penuh Kerana Hormat Rakan Muslim

June 30th, 2014 | by Ai
Kini Trending

OHBULAN!Minumkopi-166

Rasanya masih belum terlambat untuk kami mengucapkan Salam Ramadhan kan? Hehe maklumlah, Sabtu dan Ahad lalu, sibuk menguruskan mantai Ramadhan bersama keluarga.

Okay, sempena Ramadhan yang mulia ini, kami dengar, pelakon kacak berdarah kacukan Cina-India-Inggeris iaitu Jonathan Putra dah belajar berpuasa sejak dia menetap di sini.

Wah, baguslah kalau begitu kan? Maklum sajalah, berpuasa ni boleh mengajar kita menahan sabar dek lapar dan dahaga. Malah, tak salah rasanya jika masyarakat bukan Islam turut mengamalkannya.

OHBULAN!Minumkopi-167

Jonathan ketika ditemui disebuah majlis berkata dia mula belajar berpuasa sejak berpindah ke Malaysia pada tahun 2005 bagi menghormati rakan-rakannya yang beragama Islam.

Tahun pertama disini, kawan-kawan ada tanya nak tak cuba berpuasa, jadi saya pun cuba cuma tak dapat puasa penuh. Tetapi, tahun kedua disini baru saya dapat berpuasa penuh.

Saya menghormati rakan-rakan yang berpuasa, bagi saya, walaupun kita bukan Islam, kita kena tunjuk hormat. Jadi saya rasa kena bagi respect untuk that kind of thing.

Kalau korang nak tahu, jejaka ini juga gemar ke bazaar Ramadhan untuk menikmati juadah kegemarannya iaitu ayam percik, murtabak dan karipap.

Malah, berpuasa juga turut mengajar Jonathan untuk menjadi seorang yang penyabar dan tidak mudah marah.

Bila puasa, saya focus untuk tahan, tak marah orang, sebab saya kalau lapar saya suka marah orang, jadi saya ambil pendekatan untuk senyap je.

Apapun, kami harap tahu ini Jonathan dapat berpuasa penuh lagi ya?

SKIP THIS AD ×