berita

Jurusolek Peribadi Dedah Kate Middleton Hanya Gunakan 2 Bahan Ini Sahaja Untuk Dapatkan Kulit Cantik

April 11th, 2017 | by Ash Nordin
Make-It-Senang

Screen Shot 2017-04-11 at 11.36.05 AM

Walaupun umur isteri kepada Prince William, Kate Middleton telah mencecah umur 35 tahun tetapi penampilan serta kulit mukanya tak menunjukkan langsung sebarang kedut. Cara dia berpakaian juga sering jadi ikutan orang ramai terutama sekali pada golongan remaja.

Mesti anda nak tahu bagaimana Kate menjaga kecantikan dirinya terutama sekali pada bahagian wajahnya. Menurut jurusolek Kate, sebenarnya Kate hanya menggunakan Nutella dan gula untuk mengekalkan kesihatan pada kulit diwajahnya. Eh tak pernah dengar pula..

Hanya menggunakan Nutella sebagai Face Mask

Screen Shot 2017-04-11 at 11.57.24 AM

Guna Nutella je boleh dapatkan kulit yang cantik? Pelik tapi benar.. Memang itu yang dikongsikan oleh jurusolek peribadi Kate Middleton, Debora Mitchell menerusi sebuah rancangan bual bicara berjudul This Morning.

Mitchell memberitahu bahawa Kate hanya menggunakan kaedah tradisional untuk menjaga kesihatan kulit wajahnya. Bahan yang digunakan ialah dengan sapuan Nutella sebagai topeng muka (face mask).

Menurut Michell lagi, kaedah yang digunakan itu adalah sebagai langkah untuk melembabkan kulit wajah. Selain itu, campuran coklat Nutella bersama gula amat bagus bagi menghasilkan kulit wajah yang halus.

Setelah mengamalkan cara ini selama tujuh atau lapan hari, anda pasti akan melihat perubahan pada kulit wajah.

Tetapi harus ingat, jangan campurkan Nutella dengan air!

Debora Mitchell juga merupakan penasihat kecantikan kepada artis-artis ternama seperti Victoria Beckham dan Gwyneth Paltrow.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×