berita

Justin Bieber Berjaya Tamatkan Zaman Sekolah

May 9th, 2012 | by Ell | 5 comments
Kini Trending

Justin Bieber Berjaya Tamatkan Zaman SekolahJika anda sebaya dengan Justin Bieber, maka saat Justin Bieber popular, anda masih lagi menjawab kertas peperiksaan dan meminta duit belanja dari ibu bapa.

Lain pula pada Bieber, dia sudah berjaya melancarkan album sendiri, mempunyai single yang hit, berjuta peminat wanita dari seluruh dunia, menghabiskan masa untuk siri konsert jelajahnya, dan bercinta dengan Selena Gomez. Itu tidak termasuk dengan bermacam-macam lagi gosip liar dan kesibukan Bieber dalam kehidupan sehariannya.

Namun itu semua tidak menjadi halangan kepada selebriti yang baru berusia 18 tahun ini untuk menamatkan zaman persekolahannya. Justin Bieber dalam kenyataannya kepada Daily Telegraph mengaku dia sudah menghabiskan pengajiaannya walaupun banyak halangan yang ditempuhinya.

“I passed my test – I’m free! It was hard doing school and work every day.” – Justin Bieber

Walaubagaimanapun, Bieber turut mengaku bahawa dia berjaya menamatkan pengajiaannya adalah kerana dia mahu menunaikan hasrat ibunya yang mahu melihat dia berjaya.

Baguslah kalau begitu, namun kami masih tertanya-tanya apakah keputusan peperiksaan Justin Bieber?

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

5 Comments

  1. lipasbunuhdiri says:

    ada aku kesah?

    (0)
  2. budakserius says:

    lol.ade che kesah.

    (0)
  3. Pondan Sepi says:

    ahahahah…sistem pendidikan kat US tu x sama dgn Malaysia ok! ko umur 15 tahun pun boleh habis sekolah awal! asalkan ada duit! dia bukan sekolah kerajaan mcm kat malaysia ni! dia sekolah swasta!

    (0)