berita

Kaca Mata Skateboard!

August 14th, 2012 | by Ai
Kini Trendy

Apabila memperkatakan tentang isu kitar semula, pasti di kotak pemikiran anda membayangkan tentang  plastik, botol, kaca, tin dan sebagainya.

Kitar semula amat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup seharian.

Menggunakan barang terpakai merupakan tindakan yang bijak dalam menjimatkan ekonomi negara dan individu.

Begitu juga dengan barangan aksesori yang semakin hebat di kitar semula menjadi barangan terpakai.

Jika anda telah dihiasi dengan barangan kitar semula panel belakang ‘skateboard’ iphone, kini anda juga berpeluang melengkapkan aksesori dalam pengayaan dengan kaca mata hebat.

Sepasang kaca mata hitam yang diperbuat daripada bahan iphone yang sama iaitu ‘skateboard’ hasil buatan Diamond Co sebuah label fesyen.

Penggunaan kayu berwarna warni dan lapisan dek ‘skateboard’ lama menghasilkan satu kombinasi yang menarik untuk si pemakai.

Memandangkan penghasilannya amat sukar untuk dihasilkan, pasti berbaloi bagi si pemakai yang memilikinya.

Bagi anda yang ingin tampil unik dan luar biasa, gapai impian anda dengan memiliki kaca mata hitam kitar semula ‘skateboard’ yang bakal akan berada dipasaran.

Pasti anda tampak hebat mengayakannya tatkala berada di majlis-majlis tertentu.

SKIP THIS AD ×