berita

Kahwin Usia Muda Bukan Penghalang. 12 Foto Ini Bukti Fiffy Natasya & Suami Ditakdirkan Bersama

September 30th, 2014 | by Ai
Kini Trending

SONY DSC

Kami team OHBULAN! mengucapkan beribu-ribu tahniah kepada penyanyi dan pelakon comel, Fiffy Natasya yang kini sah bergelar isteri kepada seorang  juruterbang, Muslim Azman.

Pasangan ini telah selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Kalau korang nak tahu, majlis pernikahan serba cantik ini bertempat di Putra Height iaitu kediaman keluarga Fiffy sendiri.

Melalui foto-foto yang dikirimkan kepada kami, Fiffy dan suaminya tampil sedondon dengan busana serba putih. Anggun dan manis sekali tau! Seri pengantinlah katakan.

SONY DSC

Secocok nau nau kami tengok pasangan ini tau! Mana taknya, rupa Fiffy dan suaminya seiras, bagai pinang dibelah dua giteww!

Untuk pengetahuan, majlis resepsi Fiffy disebelah pihak perempuan telah diadakan di Putrajaya, manakala resepsi sebelah lelaki akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan cuma waktunya masih belum ditetapkan.

Terdahulu, Fiffy dan Muslim mengikat tali pertunangan pada 21 Disember tahun lalu selepas hampir setahun berkenalan. Apapun Selamat Pengantin Baru kami ucapkan.

Kredit Foto : Amalina Tuna

SKIP THIS AD ×