KakaoTalk Kini Lebih Malaysia! - OHBULAN!

berita

KakaoTalk Kini Lebih Malaysia!

January 24th, 2014 | by Yusmirnadia | 1 comments
Gaya Hidup

Image 10

Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, aplikasi mudah alih yang menghubungkan anda dengan teman rapat secara percuma di atas talian semakin banyak menembusi pasaran teknologi ketika ini.

Tidak terkecuali media sosial terkenal Korea Selatan, KakaoTalk juga telah melancarkan kemunculannya secara rasmi di negara ini dengan menampilkan beberapa perisian yang lebih mesra pengguna kepada rakyat Malaysia.

Jika sebelum ini perisian KakaoTalk lebih bersifat antarabangsa, namun kini pengguna tempatan boleh terus mengikuti perkembangan semasa di dalam negara sendiri tanpa sempadan.

Screen Shot 2014-01-24 at 16.20.58

Menerusi Plus Friend yang baru diperkenalkan, anda bakal dibanjiri dengan promosi menarik yang ditawarkan oleh jenama fesyen terkenal, tempat makan terkemuka mahupun selebriti popular dengan hanya sekali klik sahaja.

Dalam pada itu Penolong Ketua Pegawai Eksekutif Kakao Corp, Sirgoo Lee memberitahu kelainan yang diberikan oleh KakaoTalk dijangka mampu menghubungkan pengguna dengan pemilik perniagaan secara lebih efektif terutamanya di negara ini.

Image 1

Dengan adanya content yang lebih menarik, kami berharap KakaoTalk mampu mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dan di seluruh negara sebagai media sosial kegemaran semua.

Untuk pengetahuan anda, Majlis Perasmian KakaoTalk di Malaysia telah diadakan dengan penuh epik dan meriah di pusat membeli-belah Publika, Solaris Dutamas kelmarin.

Para hadirin yang terdiri daripada media dan rakan perniagaan telah dibawa mengililingi Publika menaiki buggy car sambil dihiburkan dengan pelbagai kejutan seperti flashmob dan persembahan percussion.

Bagi yang masih belum memuat turun aplikasi KakaoTalk di dalam telefon pintar, cepat dapatkannya secara percuma untuk merasai sendiri pengalaman menarik menerusi beberapa feature yang diperkenalkan.

Namun sementara itu, jom lihat beberapa keping gambar sekitar majlis pelancaran KakaoTalk tempoh hari.

Yusmirnadia

Yusmirnadia

Content Champions, Specialist at Rev Asia Berhad
A ninja who rides a unicorn. Former business journalist. Food freak. Studied Bach. Mass Com (Hons) Broadcasting.

One Comment

  1. Aw, this was an exceptionally nice post. Taking the time and actual effort to make a very good article… but what can I say… I hesitate a whole lot and never manage to get anything
    done.

    (0)