berita

Kalau Takde Coverage Lagi Bagus – Elfira Loy Bawa Keluarga Beraya Di Lombok

July 30th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

astro raya 2014-25

Ha.. ini memang lain daripada yang lain. Jika kebanyakan artis apabila ditanya kemanakah hala tuju mereka ketika musim raya ini, sudah pasti mereka menyatakan bahawa mereka teruja untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila si pelakon cilik, Elfira Loy memberitahu bahawa dia bakal beraya di Lombok, Indonesia bersama-sama keluarganya. Wah! Seronoknya!

Katanya lagi, bercuti di pulau sememangnya merupakan rutin ‘raya’ tahunan dia dan keluarganya. Di samping menikmati keindahan alam semulajadi, dapat juga mengeratkan ikatan kekeluargaan kan?

astro raya 2014-24Elfira dan keluarga berada di Lombok selama 5 hari

“Raya kedua El akan berada di Lombok untuk bercuti bersama keluarga. Kami sekeluarga memang suka dengan pulau sebab bila berada di pulau, kita akan merasa lebih tenang.

Kalau tak ada coverage lagi bagus. So, kami boleh have fun with each other. Kami akan berada di sana selama 5 hari dan akan lakukan pelbagai jenis aktiviti, lebih-lebih lagi water sport.”

Sebenarnya saudara-mara El banyak orang Kuala Lumpur. Memang kami selalu jumpa. Kalau di kampung pula, selalunya mereka akan puasa enam, jadi bila kita beraya pun tak ada makanan. Jadi lepas puasa enam baru lah kami sekeluarga akan beraya di kampung.”

Screen Shot 2014-07-23 at 4.48.36 PM

Elfira Loy giat menjalankan perniagaan Twinkle by Elfira

Terlanjur bersembang, kami pun tanyalah berkenaan perniagaan Twinkle by Elfira. Makin maju nampaknya ya?

“El sekarang baru di tahap nak perkenalkan Twinkle by Elfira pada umum. Ingatkan sambutan biasa-biasa sahaja. Tapi dalam satu karnival baru-baru ini, dalam masa sejam je dah habis 100 helai t-shirt. Alhamdullilah.

Saya mula dengan rekaan skarf yang saya design sendiri dan memang tak boleh dapat dimana-mana selain daripada di Twinkle by Elfira.”

Bagusnya Elfira ni kan. Muda-muda lagi dah bergelar usahawan. Yelah, sampai bila nak bergantung pada lakonan sahaja kan? Kenalah ada inisiatif untuk majukan diri sedikit. Good luck Elfira!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×