berita

Kalau Kahwin Kali Ni Akan Buat Simple & Lebih Kepada Akad Nikah – Nora Danish

July 8th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

FV2-047-EditFA-630x502

Rasanya kontroversi yang melanda pelakon jelita, Nora Danish tak pernah berhenti kan? Saban hari ada saja berita mengenai hot mama ini.

Baru-baru ini timbul pula desas-desus kononnya Nora yang sedang hangat bercinta dengan Nedim Nazri sudah berbincang mengenai perkahwinan mereka. Eh, biar betul!

Kami pun apa lagi, cepat je bertanyakan soal ini kepada tuan punya badan apabila terserempak dengannya di Majlis Berbuka Puasa Air Asia malam tadi.

neno

Kalau korang nak tahu, Nora sendiri terkejut dengan perkara tersebut dan menjelaskan dia masih belum membuat apa-apa persiapan untuk berkahwin.

Saya pun terkejut bila keluar perkara macam ni, tak ada persiapan atau bincang pun, kami tak pernah letak tarikh dan Nora tak pernah pun buat persiapan kahwin.

Macam inilah, kalau ada bercadang untuk kahwin pun tak ada benda sangat nak buat persiapan, kalau kahwin kali ni akan buat yang simple-simple dan lebih kepada akad nikah.

Untuk pengetahuan, Nora menjelaskan hal perkahwinan tidak boleh terburu-buru kerana baik Nora mahupun Nedim, kedua-duanya masih mengenali hati budi masing-masing.

Screen-Shot-2014-06-26-at-10.05.13-PM-630x361

Bagi Nora dan Nedim, kahwin bukan perkara main-main sebab kami dah pernah gagal dalam berumahtangga, jadi kena fikir masak-masak sebelum ke fasa seterusnya.

Kena terima perangai baik dan buruk. Pada Nora perangai buruk itulah yang kita kena sayang supaya kita dapat hidup dengan dia selamanya. Dia pun sama kena terima perangai saya yang banyak kekurangan ni.

Matang sungguh pendirian Nora. Iyalah, soal kahwin bukannya boleh dibuat main betul tak? Siapa yang taknak ada pasangan hidup sampai tua dik non.

Nora juga ada menambah jika dia ditakdirkan berkahwin sekali lagi, dia menginginkan anak perempuan pula. Wah! harap-harap impian Nora jadi kenyataan.

Apapun, kita doakanlah yang terbaik buat Nora dan Nedim, kalau ada jodoh tak kemana. Dua-dua pun sama cantik sama padan kan?

SKIP THIS AD ×