berita

“Kami Ada Sebab Kami Sendiri” – Tular Gambar Keluarga Bersama Anjing, Ini Kisah Disebalik Foto

July 3rd, 2017 | by Hanis Aliaa | 23 comments
74.4K
reads
5.3K
shares
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lalu tular di media sosial gambar sebuah keluarga bersama seekor anjing. Foto itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang komen berunsur kecaman, tak kurang juga yang bersangka baik.

Terbaru, Syed Azmi menerusi laman Facebooknya berkongsi kisah sebenar foto keluarga ini. Syed Azmi bertanyakan sendiri kepada salah seorang daripada mereka. Korang baca sendiri kisah sebenar keluarga ini.

Dah biasa dengan komen negatif.

Foto ini tular di media sosial beberapa hari yang lalu. Takda niat jahat, tapi dia terpegun dengan foto itu.

Saya korek dengan lebih mendalam hanya nak pastikan keluarga itu okay dari semua komen negatif. Ia membimbang saya sedikit kerana saya pernah hadapinya sebelum ini.

Alhamdulillah, saya berjaya menghubungi salah seorang ahli keluarga dan berbual. Di sini, saya kongsikan perbualan kami. Yakinlah, semuanya ok.

“Assalammualaikum nama saya A dan saya boleh tahu kenapa kamu cari keluarga saya?”

Saya: “Saya hanya nak pastikan keluarga dalam foto itu ok dan selamat.

“Oh, kami ok, itu adalah foto lama, kami sudah biasa dengan komen negatif daripada orang, kami abaikan mereka. Terima kasih banyak atas keprihatinan awak, saya sebenarnya pergi ke acara awak, IWTTAD  beberapa tahun lalu sebelum foto itu diambil kerana ayah saya memiliki rottweiler untuk tujuan penjagaan rumah tapi saya takut anjing. Jadi acara awak agak membantu saya mengatasi ketakutan saya.

Saya menghormati awak dan cara anda mengendalikan apa yang anda lalui selepas acara tersebut. Terima kasih sebab tanya keadaan kami. Hanya abaikan apa yang orang kata dan terus lakukan apa yang hati awak nak buat.”

Saya tanya tentang foto dan persetujuan untuk berkongsi foto ini. Berikut adalah kisah sampingan mereka dan saya rasa berbesar hati untuk berkongsi. Semoga Allah melindungi mereka.

Takda guna nak yakinkan orang.

Hello Assalammualaikum Syed Azmi, keluarga saya berterima kasih kerana hormat privasi kami dengan meminta izin terlebih dulu sebelum berkongsi gambar raya kami. Mereka cakap ok, tetapi ada beberapa perkara yang awak kena tahu, gambar raya ini diambil pada tahun 2014. Ia viral pada syawal kedua tahun yang sama selepas adik perempuan saya menyiarkannya di Instagramnya. Jadi kali pertama ia viral, netizen mula bash kami tapi kami tak hiraukan mereka dan tidak lama lepas tu, isu itu makin senyap. Saya rasa setiap tahun ada orang kongsi foto ini tapi tidak sebesar seperti kali pertama, tapi tahun ini lebih kecoh berbanding tahun sebelumnya.

Seperti yang saya sebutkan tadi, kami mempunyai rottweiler di kampung untuk tujuan menjaga rumah. Ibu bapa saya tinggal bersendirian, kami semua tidak berada di kampung dengan mereka. Ayah saya sebelum ini pasang penggera perimeter dan CCTV namun kecurian masih berlaku, dan rakaman CCTV yang ditunjukkan kepada polis tidak membantu. Jadi ayah saya memutuskan untuk mendapatkan rottweiler, dan kecurian tak lagi berlaku.

Jadi kami ada sebab kami sendiri, orang akan mengata apa saja yang mereka nak dan sebenarnya susah untuk yakinkan orang ramai. Tapi tak mengapa kerana kami percaya Allah tahu. Sebab itulah kami hanya diam dan abaikan segala-galanya, tak ada gunanya cuba meyakinkan orang. Rottweiler dalam foto bernama Dino, sebenarnya tak lagi dengan kami, dia berkhidmat dengan baik. Kini kami ada rottweiler baru di rumah bernama David dan kami sayang dia sama seperti Dino.

Arwah datuk saya adalah seorang Cina Muslim, dia mempunyai anjing ketika saya sangat kecil tapi bila anjing itu mati, dia sudah tak membela anjing lain. Jadi kami semua tidak biasa mempunyai anjing kecuali ayah saya. Kami semua pencinta kucing, jadi apabila saya tahu berkenaan acara IWTTAD saya membawa anak-anak saya bersama supaya mereka tidak jadi seperti saya dan kami dapat banyak input semasa acara tersebut. Sekarang, saya ada beri makan anjing-anjing liar dan tidak takut kepada mereka seperti sebelumnya.

Saya rasa itu saja, terima kasih sekali lagi kerana cuba untuk hubungi kami.

Ia mungkin tak sesuai untuk semua menerima tentang perkara ini. Bagi saya, ia sesuatu yang indah.

Terima kasih kerana memberi saya peluang berkongsi cerita ini. Semoga Allah memberkati kamu semua.

Jangan lekas menghukum seseorang sebelum mendengar kisah daripada pihak mereka. Ada sebabnya kenapa mereka membela anjing.

Kredit : Syed Azmi

23 Comments

  1. abg jambang says:

    syed azmi ni geng melayu liberal… manusia celaka

  2. abg jambang says:

    bela anjing untuk jaga rumah pun perlu ka bak bergambar hari raya dgn anjing

    dasar Anjing

    puiii

  3. Bulan Syawal says:

    Sbb tu kena beringat jgn naik sesuatu pic yg mengundang fitnah/syak wasangka…kl x post x de la org nk mengata….nk2 bergambar ngan anjing dihari raya…..betul anjing pun makhluk Allah,ada kelonggaran utk menjaga umah/kselamatan tapi dah diberi tau larangan nya terutama bab menyentuh anjing(ada sebab kenapa kita x dibenarkan membela sbg binatang peliharaan maupun menyentuh)……kita sama ambik iktibar……kl x hormat org lain or pendapat org namun hormat la agama…Selamat Hari Raya…

    • Anonymous says:

      Betul pikior pikiorla sendiri kot esok takut je amalan kite yg x brp nk bagus imannya..tetiba kita masuk golongan kiri kannn susahh sbb kita sendiri yg ignore ketetapan Allah…

  4. Apapun cerita itu ianya tetap tidak boleh Fullstop,tu bukannya cerita berkaitan Islam tetapu sebalijnya itu cerita berkenaan jahil Agama..jgn di ikut budaya bukan islam apabila dianya memeluk agama islam bukan bermakna kita kena turun jejak tinggalan agama sebelumnya…tolonglah cari guru Agama untuk seluruh family you., jalan cerita you tidak menjanjikan kepuasan kepada seluruh umat Islam ‘SEDUNIA’ you dan family You sudah mewujudkan ‘FITNAH’ kepada sekalian Umat ISLAM ‘Agama ALLAH’.
    Boleh bela Anjing untuk keselamatan Rumah tetapi tidak boleh dalam kawasan pagar rumah * perlu ada pagar pendua yg memisahkan anjing dgn jarak rumah di bimbangi najis dan air liur yg memungkinkan was-was yg boleh membatalkan solat kita(tdk terperinci).dan lagi malaikat tidak memasuki rumah yg ada anjing secara langsung (rujuk pagar tadi).
    Ringkasan berkaitan Islam dan Anjing.Islam adalah Agama ‘ALLAH’ yg sempurna dengan 1001penyelesaian.,cuma kita yg tidak mahu mencari ilmu Agama itu untuk apa juga permasaalahan.Nitizen yg mengecap sbbnya mereka ISLAM dan yg bukan ISLAM sudah semestinya happy ending ‘Suka’.dan inilah FITNAH ciptaan sendiri untuk diri awak dan Keluarga awak ‘DULU KINI DAN SELAMANYA’.kecuali kembali dengan panduan yg sebetulnya mengikut tatacara ISLAM.
    Akhir kata kekayaan kamu bukannya datang dari usha tangan-tangan kamu *rajin* sebaliknya keizinan ALLAHLAH juga maka kamu dilimpahRahmat ALLAH akan itu.
    Semoga Rahmat ALLAH mengembalikan kita kepada kebenaran dan kesedaran….Amiiiiin

  5. Dee says:

    Niat tak menghalalkan cara. Melayu beginilah yg merosakkan nama org islam

  6. anon says:

    Sayang, keturunan Rasulullah tapi Islam liberal Syed Azmi ni.

  7. maya says:

    walau apepun itu bukan alasan utk pegang anjing sesuka hati

  8. ikan says:

    melayu otak sempit padahal agama pun mengaku je

  9. tak kesah la ko nak bela apa skalipon, tapi jaga la sensitiviti orang islam lain,simpan buat collection dalam album ko sendiri sudah la, xyah share public.

    memang meminta kne hamun la, orang dulu2 ada pesan, nak buat pape fikir dulu.. tak sangka satu family kau noob sebab tak fikir akibatnya bila brgambar dgn anjing, hanjeng betol la !

  10. Abg jem says:

    Syiah kot famili dia.. xpun islam liberal.. atau pun masa tu diorg xfaham sgt pasal halal haram ni.. nasib baik la korg x bela babi kalau x memg haru laa.. jgn mare aaa..

  11. Daniel Darwish says:

    Kebanyakkan melayu Alaf modern ni berfikiran liberal, bkn salah pun… cube lihat teknologi perubatan zaman skrg dah lain, zaman dl Nabi mengatakn anjing haram Kerana die mendatang kn byk penyakit sperti rabies dll, tp tu dulu skrg semuanya dah ade vaccines, dan ubat utk binatang bijak ini. Sblm korg semua melatah…. tanye diri tu dl korg percayakn perubatan moden, mak, ayah, Adik, anak bwk g klinik dan hospital. Korg percayakn ubat2tan moden utk teruskn hidup, kite semua lahir di vaccine kn d hospital masih hidup utk menolong dan menyusah kn org lain…knnnn…tksemua bends yg tertulis itu bole d terima pakai utk zaman skrg… even kalau yg tertulis itu bole dguna pakai, knp kalo g clubbing penuh dgn melayu Muslim? Pikir! Sblm jwb!

  12. Tri says:

    melayu open minded ni, dan yg ‘speaking’ selalunya jenis yg kureng agama, ibu bapa kurang ajar keturunannya, inilah hasilnya, harap mereka belajar ada perasaan malu, dan jaga agama, kalau benar kamu tu islam.