berita

Kami Mengaku Bergaduh – Sheila On 7

January 2nd, 2013 | by Noraini Nasir | 4 comments

Shiela On 7 merupakan kumpulan yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat industri hiburan tempatan. Meskipun ketika ini banyak band-band baru yang muncul, akan tetapi populariti Shiela On 7 masih lagi kekal unggul dan perkara ini telah dibuktikan sendiri oleh peminat-peminat Shiela On 7 di sekitar Indonesia.

“Buat masa ini kami masih lagi pusing-pusing Indonesia dan sering membuat persembahan di sekolah-sekolah menengah. Walaupun banyak band-band baru yang muncul, tetapi anak muda sekarang ini masih lagi mahu mendengar muzik kami dan buktinya apabila kami mendapat undangan untuk mengadakan persembahan di setiap sekolah di Indonesia.”

“Ini adalah satu tanda tanya bagi kami untuk berfikir, bagaimanakah agaknya mereka boleh tahu dan kenal dengan kumpulan kami?”

“Secara umumnya kumpulan kami telah lama menapak dalam industri ini dan semestinya sewaktu kami mula-mula popular dahulu pasti ramai anak-anak sekolah yang masih belum lahir. Jadi apabila anak-anak muda ini kenal kami, ia adalah satu perkara yang amat membanggakan dan Insyallah kami akan terus berkarya dan kekalkan populariti ini,” ujar vokalis kumpulan Shiela On 7, Duta.

Merujuk perancangan masa hadapan, Shiela On 7 merencanakan untuk keluarkan album terbaru kumpulan mereka dan bakal mengadakan konsert terbesar sempena ulangtahun kumpulan ini yang ke 17 pada 6 Mei 2013 akan datang.

“Sekarang ini sedang kumpul bahan-bahan untuk album kami yang ke-8. Semuanya masih lagi dalam perancangan dan kami pun masih belum mulakan rakaman.”

“Setelah album siap, mungkin kami akan adakan sebuah konsert terbesar Shiela On 7, di mana ia sempena meraikan ulangtahun kami yang ke-17. Tetapi apa pun kami akan fokus kepada keluaran album dahulu dan selepas itu baru fikirkan soal konsert.”

Memandangkan Shiela On 7 sudah lama menapak dalam industri ini, jadi timbul juga persoalan di kalangan pihak media bagaimanakah agaknya ahli kumpulan ini boleh bersatu dan terus bertahan sehingga sekarang.

“Sebenarnya kami bukanlah kumpulan yang bagus untuk dicontohi sebab kami pun pernah bertukar-tukar ahli kumpulan. Macam sebelum ini kami berlima, selepas itu tukar pula kepada ahli baru dan kini sudah jadi empat orang.”

“Kami mengaku memang ada gaduh-gaduh dan berlaku salah faham, tetapi kami cuba untuk belajar dan berusaha untuk saling memahami antara satu sama lain.”

4 Comments

  1. hafidz says:

    Jangan la selalu gaduh2 dong.
    Band S07 memang terbaek karyanya.
    Rugi kalo berpecah. fuh~

    (0)
  2. all my love is for you SNSD says:

    dengar kpop lagi best…nak berpecah silakan..x bangsat lagi dengar muzik indon

    (0)
  3. Azri ko 2 sampah!xske kpop blah,jgn menyalak k

    (0)