berita

Kami Pendosa! – Wanita Ini Letih Dicerca Semata-Mata Kerana Bertudung Labuh

May 16th, 2016 | by Ai
Isu & Kontroversi

cover tudung labuh

Lumrah kehidupan, buat baik pun ada yang mencerca, apatah lagi kalau buat jahat.

Rasa Selamat Pakai Bertudung Labuh

Screenshot 2016-05-16 12.52.53

Aku harap mungkin apa yang aku nak kongsikan ni ada bg sedikit manfaat kepada pembaca… Aku dilahirkan dalam keluarga biasa-biasa saja dari segi biah solehahnya.. tak warak sangat.. Taklah terpesong jauh sngt.. Masa sekolah rendah… Aku dikatakan agak nakal… Merewang naik motor merata.. Banyak kali jugaklah kena sound dengan orang kampung..

Naik sekolah menengah aku kenal satu benda baru… Tudung labuh… First aku pakai aku rasa tertarik sangat dengan tudung labuh… Rasa selamat… Sejuk.. So bila cuti sekolah aku cubalah keluar pakai tudung labuh… Tau tak orang ckp apa?
“Eleh tudung labuh, entah-entah rambut karat kat dalam tu.”
“Tak payah nak tudung labuh sangatlah kalau dok merewang tak tentu hala.”

Orang Tudung Labuh Tak Boleh Buat Dosa?

Aku tergamam kejap. Benda first yang datang dalam kepala otak aku… Salah ke bertudung labuh? Orang bertudung labuh ni memang tak boleh buat dosa ke? Kalau buat dosa kena pakai tudung biasa-biasa balik? Aku sedih… aku dah tak pakai dah tudung labuh dekat kampung.. aku pakai tudung biasa.. Serik kena kutuk dengan orang kampung.. Aku pakai time sekolah je..

Even kat sekolah pun… Sebab aku cuba nak istiqamahkan tudung labuh.. Orng sekeliling aku expect aku perfect semua benda.. Dari segi solatnya.. Baca Al-Qurannya.. As the result.. bila aku buat salah sikit.. Satu hostel mengata.. Kata baik tak payah pakai tudung labuh kalau nak buat dosa.. baik tukar tudung pendeklah apalah.. sekali lagi buat aku tertanya..

Orang bertudung labuh ni tak boleh buat dosa? Aku sedih.. aku nangis.. Nak katakan boleh setiap hari aku nangis.. Aku tanya Allah.. salah ke aku bertudung labuh.. aku manusia.. Aku bukn malaikat.. Aku tak boleh lari dari dosa.

“Baik Tak Payah Pakai Tudung Labuh!”

Masuk matrik.. Aku belajar pekakkan telinga.. Biarlah orang nak ckap apa.. Sekadar orang panggil aku superman.. aku tak kisah.. Sampailah masuk U.. aku dikenalkan dengan cinta.. Sampai maklumat pasal aku couple dekat roommate aku.. Dia perli aku kaw-kaw.. Kata aku budak belajar syariah.. Tudung labuh.. tapi couple.. baik tak payah belajar syariah.. Tak payah pakai tudung labuh kalau nak couple..

Lagi sekali buat aku tertanya-tanya… Kenapa orang expect tinggi sangat dekat seorang perempuan bertudung labuh?

Aku stress.. aku sedih sangat.. Aku nangis.. Aku terasa.. Walaupun aku dah berdosa.. Kenapa nak persoalkan tudung aku? Kenapa nak persoalkan ilmu syariah yg aku belajar? Kenapa mesti nak ckp “baik tak payah pakai tudung labuh”.. Betapa susahnya.. betapa banyaknya kutukan aku terima just sebab nak mempertahankan tudung aku.. aku keliru.. apa kaitan labuhnya tudung dengan tahap keimanan seseorang?

Mula Pakai Shawl…

Aku terpaksa lalui tahun pertama di universiti dengan perlian.. makian.. kutukan.. fb..twitter.. dan sebagainya.. just sebab aku.. bertudung labuh.. Walaupun aku cuba untuk berubah.. tapi apakan daya.. Cuba berubah dengan dikelilingi manusia yang tak habis-habis mencari kesalahan.. aku tersungkur.

Masuk tahun 2.. aku give up.. Aku dah tak sanggup nak dengar cacian dan perlian orang..Aku buang imej tudung labuh.. aku try shawl.. tapi still menitik beratkan aurat.. Labuh depan belakang.. Still.. ada lagi manusia yg mengutuk.. Dulu bertudung labuh sekarang pakai shawl.. siap perli tanya “tudung labuh dah terbakar ke? Banyak sangat dosa?”..aku pekakkan telinga.. Apa yg korang expect dari orng yg bertudung labuh sebenarnya?

Orang Bertudung Labuh Tak Sempurna…

wanita menangis

Terlampau banyak dugaan Allah bagi.. hanya sebab aku cuba pertahankan tudung aku.. Aku tertekan.. sngat sangat tertekan.. Aku tanya diri aku.. Aku tanya Allah.. aku nangis hentak-hentak kepala.. Aku persoalkan kenapa manusia mengharapkan kesempurnaan dari seseorang yang bertudung labuh? Orng lain pun buat dosa knape orng tak pernah persoalkan kenapa dia buat dosa.. kenapa aku.. kenapa aku..

Pernah sekali aku terlampau marah aku persoalkan.. ayat Al-Quran mana yang cakap kalau bertudung labuh memang takkan buat dosa.. memang aku tahu.. statement tu agak salah.. tak boleh dibuat hujah.. cuma aku nak sangat bagi orang nampak.. orang yang bertudung labuh ni tak sempurna.. aku nak dorang berhenti.. buang expectation yang bahawasanya yang bertudung labuh ni perfect semua benda.. Aku bagi contoh.. Solat perintah Allah.. Melabuhkan tudung jugak perintah Allah.. Manusia yg solat itu tak sempurna.. ada yg masih buat dosa.. walaupun dia solat.. sama jugak dengan yg bertudung labuh.. tak sempurna.. masih juga buat dosa.. walaupun dia bertudung labuh..

Boleh je kalau aku nak buat comparison.. Antara 2 manusia yg sedang buat dosa yg sama.. Dua2 sama Islam.. dua2 bertudung..beza antra mereka hanyalah labuh tudung.. yang naik jadi headline ialah “ustazah bertudung labuh bermaksiatan”.. situasi yg sama jugak aku letak kalau perbandingan ni dibuat antara 2 orang yang sedang buat dosa yg sama.. sama-sama Islam.. yang membezakan 2 orang ni hanyalah sorng bertudung sorng tak.. yang naik jadi headline “gadis bertudung bermaksiatan”..

Stereotaip Orang Bertudung Labuh!

Kadang aku tak paham dengan persepsi bangsa aku sendiri.. Smpaikan ada stereotype.. yg bertudung labuh ni confirm-confirm pengotor.. yang bertudung labuh ni asyik nak berborak pasal laki.. yg bertudung labuh nilah yang paling banyak buat maksiat.. Kenapa awal-awal dah tanam orang bertudung labuh ni mesti perfect? WHY? Then bila expectation tak seperti yg disangka sangka-sangkakan.. mengutuk itu.. mengutuk ini.. statement “dahlah bertudung labuh”.. tak pernah tak ada.. Asal? Yang bukan golongan bertudung labuh takde yang pengotor? Takde yang kuat sembang psal laki? Takde yang buat maksiat? Tak pernah jumpa atau buat-buat tak kisah atas alasan “ala dia bukan pakai tudung labuh pun”..

Allah.. Penat aku..

Point aku sebenarnya.. labuhlah ketanah sekalipun tudung seseorang.. Jangan pernah expect dia perfect.. Dia juga seorang pendosa.. Aku pendosa.. Kau pendosa.. Kita sama-sama pendosa.. bezanya aku bertudung labuh sikit untuk memastikan aurat betul-betul terjaga.. tapi tak bermaksud aku sempurna dari segi lain..

“Allah Still Jaga Aku”

aa

Bagi aku.. pemakaian paling senang nak catch up.. Pakai tudung labuh.. baju longgar.. stokin.. handsock.. Sarung-sarung je semua. Tapi walaupun dah complete part ni.. banyak lagi benda aku nak kena baiki..
Bukan ke lagi best kalau sama-sama baiki diri.. Kau nampak kelemahan aku tolong aku.. aku nmpk kelemahan kau aku tolong.. Sama-sama bantu membantu.. sama masuk syurga.. tak ke lagi sweet macam tu? Dari tak habis-habis nak cari salah..

Kadang aku rasa terlampau give up.. Buat dosa je mesti ada yg mencari.. dan mengutuk.. dan menyebar.. Kadang rasa mcm nak tanggal je tudung.. Dah alang-alang jahat.. biar jahat terus.. Tapi Alhamdulillah.. masih ada yg tolong aku.. Allah still jaga aku.. still angkat semangat aku.. Aku ada kawan senasib.. yang akhirnya dia buat keputusan untuk free hair sbb tak tahan dengan mulut orang.. Aku tak marah dia.. Aku sedih.. sedih dengan bangsa aku sendiri.. sesama Islam saling menjatuhkan antra satu sama lain.. Apa aku nak jawab bila Allah tanya..

“Kami Pendosa”

Tu jelah kisah aku.. Aku harap sedikit sebanyak aku dah bagi sedikit manfaat..

Kami yang bertudung labuh tak pernah pandang yang menutup aurat kurang perfect sebagai manusia penuh dosa.. begitu jugak kami harap kalian tak kisahlah bertudung ataupun tidak.. seagama atau pun tidak.. berhentilah pandang kami dan expect kami behave mcm malaikat.. kami manusia.. kami tak perfect.. kami pendosa.. dan kami masih buat dosa.. Jadi kami harap.. instead of judging each other.. marilah bersama-sama tolong menolong untuk sama2 ke syurga..

Sekian…

Sumber: IIUM Confession

SKIP THIS AD ×