berita

Kami Tak Perlu Beratur Panjang Bila Shopping Baju Raya Di 5 Shopping Mall Baru Ini

July 8th, 2015 | by Wan
Kini Trending

ohbulanshopping

Diam tak diam rupanya dah hampir 3 minggu umat Islam di Malaysia berpuasa. Rasa macam sekejap sangat masa berlalu dan minggu depan dah nak raya!

Korang dah beli baju raya ke belum? Shopping dekat mana, Sogo? Sebut je Sogo kami dah boleh bayangkan betapa ramai orang membeli persiapan raya dekat situ.

Kalau korang masih lagi belum shopping raya dan taknak bersesak-sesak dengan orang ramai, korang kena pergi 5 Shopping Mall baru ini. Minggu ini dah minggu akhir nak shopping oii!

1. Mitsui Outlet Park Sepang

mits

Dibuka pada bulan Mei yang lalu, Mitsui Outlet Park Sepang pastinya pilihan terbaik buat korang yang mahu lari dari kesesakan ‘melampau’ ibu kota.

Apa yang menarik tentang Mitsui Outlet Park ini ialah konsepnya yang cukup santai dan terbuka. Lebih kurang macam Johor Premium Outlet lah ni.

Diskaun pula sekitar 30% hingga 70%! Boleh rambang mata kalau korang pergi.

ohbulanmitsui

2. IOI City Mall Putrajaya

Screen Shot 2015-07-08 at 12.41.43 AM

IOI City Mall Putrajaya boleh dikatakan antara shopping mall yang masih baru lagi. Dibuka sekitar November tahun lalu, IOI City Mall cukup dikenali kerana daya tarikan yang disediakan.

Sambil shopping dekat Uniqlo, H&M dan Dorothy Perkins, korang boleh main ice skating, tak pun korang boleh cuba permainan aktiviti lasak di District 21. Opps lupa puasa.

d21

Shopping mall ini betul-betul dekat tepi highway, dari jauh dah nampak.

3. Parkson Maju Junction

pksn

Buat korang yang memang tak boleh berpisah dengan Kuala Lumpur, kami sarankan korang membeli persiapan raya di Parkson Maju Junction.

Tambahan pula Parkson ini baru buka 1 Julai yang lalu, memang banyak la discount. Alah tak jauh pun dari Sogo kesayangan korang itu hihi.

parksonohbulan

4. Sunway Putra Mall

sunway

Pusat beli belah yang terkenal pada satu ketika dahulu ini nampaknya tampil dengan wajah baru yang lebih ‘fresh’ sejajar dengan trend terkini.

Dibuka secara rasmi Mei lalu, terdapat lebih 300 outlets di Sunway Putra Mall. Rasanya cukup banyak dah tu untuk korang shopping raya.

sunwayohbulan

5. Quill City Mall

Screen Shot 2015-07-08 at 1.27.00 AM

Quill City Mall boleh dikatakan antara shopping mall yang masih baru lagi. Bosan juga asyik shopping dekat tempat sama je kan? Boleh lah cuba jalan-jalan dekat Quill City Mall.

citu

Kami dah shopping raya dekat 5 shopping mall ini. Sogo? Jangan buang masa.

SKIP THIS AD ×