berita

Kandungan Isteri Terpaksa Digugurkan – Pierre Andre

January 15th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-01-15 at 10.42.09 AM

Demi menjaga keselamatan isterinya, hasrat seorang pengarah muda, Pierre Andre dan isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim untuk menimang cahaya mata harus dilupakan terlebih dahulu.

Menurut laporan oleh Utusan, atas nasihat doktor, kandungan isteri Pierre Andre terpaksa digugurkan untuk mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan yang lebih membahayakan isterinya.

Screen Shot 2014-01-15 at 10.47.42 AMDetik bahagia Pierre Andre dan isteri semasa sah diijabkabulkan pada 21 Jun 2013

“Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi pada usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki”

Walaupun masih berdukacita dengan kenyataan itu, mereka sekeluarga percaya akan rezeki daripada Allah SWT dan akan berusaha lagi untuk mendapatkan cahaya mata di masa hadapan.
Sumber : Utusan
The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×