berita

Kapsyen #Deep Syafiq Kyle Untuk Uqasha Senrose

December 24th, 2014 | by Wan
Kini Trending

UQA

Gosip cinta antara Syafiq Kyle dan pelakon jelita Uqasha Senrose bukan satu cerita baharu. Sebelum ini mereka berdua pernah beberapa kali diajukan media tentang hubungan yang dilihat seperti lebih dari seorang kawan.

Uqasha sendiri pernah menafikan hubungan tersebut malah mengakui penat untuk bercinta. Namun menerusi foto yang dimuatnaik oleh Syafiq pada dua hari yang lepas bagaikan ada sesuatu yang telah berlaku antara mereka berdua. Dah official bercinta ke?

Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Penat Bercinta

Muatnaik Foto Selang Sejam

Korang dah baca sendiri kan kapsyen Syafiq? Bukan main deep lagi. Apa yang lebih menarik perhatian peminat ialah sejam selepas Syafiq memuatnaik foto tersebut, Uqasha turut bertindak memuatnaik foto yang lebih kurang sama cuma kapsyen dia taklah se’deep’ Syafiq. 

Assalamualaikum Dan selamat malam ???? A photo posted by @uqashasenrose2 on

Kalau betul mereka berdua sedang hangat bercinta, eloklah. Buat apa nak sorok-sorok lagi, rasanya Uqasha pun dah lama move on dengan kisah percintaannya yang dahulu. Atau memang terpaksa sorok?

Syafiq Jaga Hati Ibu?

raya

Namun menurut  artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar mingguan tempoh hari, Syafiq dikatakan terpaksa merahsiakan hubungan cintanya dengan Uqasha kerana tidak mahu menyakiti hati ibunya.

Ibu Syafiq tidak gemar apabila cerita percintaan antara anaknya dan Uqasha digembar-gemburkan media dan beranggapan anaknya masih terlalu muda untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana wanita.

Kalau betul seperti apa yang dilaporkan akhbar terbabit, memang wajar Syafiq mendengar dan menuruti kemahuan ibunya tapi dah terlebih deep ini nak buat macam mana?

Peminat Patah Hati

komenuq sedih kecewa

Menerusi komen-komen peminat di kedua-dua foto yang dimuatnaik oleh Uqasha dan Syafiq ini, rupanya ramai peminat yang kecewa lagi-lagi peminat Syafiq. Amboi samppai macam itu sekali ye? Kenapa korang tak suka ke dia bercinta dengan Uqasha? Senaraikan 5 sebab. Haha

SKIP THIS AD ×