berita

Karl Shafek Selesa Jadi Duta The Garment, Kini Sudah Tinggalkan Bidang Pengacaraan?

March 3rd, 2014 | by Ai
Kini Trending

Karl Shafek

Mula dikenali melalui bidang pengacaraan, pelakon dan juga model, Karl Shafek kini dilihat semakin jarang muncul dikaca televisyen. Jika dahulu para peminat pasti akan ternanti-nanti dengan wajahnya di HipTv, kini pelakon berusia 33 tahun itu lebih banyak dilihat bersama selebriti fesyen, Wak Doyok dan The Garment Movement.

Ketika ditemui di Femes Bazaar yang berlangsung di Tierra Crest Sabtu lepas, Karl yang turun untuk menjayakan booth The Garment Clothing telah menafikan dakwaan bahawa dia sudah pun berhenti daripada bidang pengacaraan.

“Sebenarnya memang saya mula dengan mengacara. Sebelum ni saya cakap saya memang nak fokus dengan pengacaraan, tapi dah 5 tahun jadi pengacara, saya ambil keputusan untuk berlakon tahun ni sebab saya nak besarkan cabang saya.

Sebelum ni saya buat lakonan hanya untuk belajar tentang lakonan, sekarang dah tiba masa untuk saya praktikkan apa yang saya belajar.”

FEMES BAZAAR  FIRST ANNIVERSARY-43Selesa bergerak dengan The Garment Movement

Menafikan dirinya sudah berhenti daripada bidang pengacaraan, Karl menjelaskan dia mahu orang mengenalinya sebagai pengacara hingga ke akhir hayatnya.

“Memang sepanjang saya berlakon ni saya ada dapat offer untuk mengacara, tapi saya tak boleh nak fokus dan tak boleh nak buat semuanya.

Haritu untuk Masterchef pun saya terpaksa tolak kerana jadual padat. Tak boleh nak buat 2-3 benda sekali jalan.”

Bercerita mengenai The Garment dan kolaborasinya bersama pereka dan selebriti fesyen, Fairuz Ramdan dan Wak Doyok, Karl menjelaskan semuanya bermula dengan hubungan sebagai kawan.

“The Garment ini ada dua, The Garment Clothing dan The Garment Movement. Saya duduk di bawah The Garment Movement.

Sebenarnya tujuan kami adalah untuk bagi awareness pasal fesyen pada orang muda. Contohnya, kenapa sekarang orang bercakap yang Wak Doyok dan saya nampak dengan imej pakai kot, dan kenapa well dressed dekat negara kita yang panas? Kenapa tak boleh?”

FEMES BAZAAR  FIRST ANNIVERSARY-36

Karl bersama rakan artis lain di Femes Bazaar

Tambah Karl lagi, The Garment Movement bukan hanya sekadar untuk fesyen semata-mata, namun ianya juga bertujuan untuk mendidik anak-anak muda dari segi lain.

“Kita well dressed utk diri kita sendiri, kita menghormati orang juga. Sebab bila kita pakai kemas, kita sendiri rasa seronok. Kita tahu tentang fesyen dan kita ambil tahu, jadi kenapa kita tak praktikkan pada diri kita sendiri.

Tujuan kita nak bagi awareness, bukan setakat fesyen, tapi pasal fitness, pasal makanan, lifestyle dan mungkin in future pasal kereta. Itulah overall mengenai The Garment Movement.”

Untuk pengetahuan, Karl kini sedang sibuk dengan penggambaran drama adaptasi novel Masihkah Ada Kasih yang akan turut dibintangi oleh Shera Ayob dan Tengku Bakar.

SKIP THIS AD ×