berita

Kasih Berbisik Episod 5 : Imran Bunuh Isteri Kedua?

October 31st, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-10-30 at 15.57.50

Makin lama makin best pula jalan cerita Kasih Berbisik ni. Pada penghujung episod minggu lepas, Sulastri diganggu Dharma yang cuba memecahkan rahsia perkahwinan pertama Imran.

Tapi sebaik sahaja episod lima bermula, penonton terus ditayangkan dengan babak Sulastri sudah terkulai tak bernyawa dalam pelukan Imran. Rupa-rupanya Sulastri meninggal dunia selepas kepalanya dihentak dengan sebatang kayu.

Persoalannya sekarang ni, siapa yang bunuh Sulastri? Kalau nak diikutkan oleh logik akal, mesti ramai yang menyangka Dharma adalah pembunuhnya sebab dia adalah orang terakhir yang datang berjumpa Sulastri dan bertengkar dengan isteri kedua Imran itu.

Tapi tiba-tiba kami dapat rasakan seperti Imran juga sebenarnya ada kemungkinan untuk membunuh isterinya. Kenapa kami cakap macam tu? Ini teori kami:

Air Muka Imran Nampak Bersalah

Screen Shot 2014-10-30 at 15.56.02

Kalau korang perasan, sewaktu babak Imran merangkul isterinya yang tak bernyawa tu, muka dia lebih menunjukkan kepada perasaan bersalah daripada sedih. Malah, apabila bapa Sulastri dapat tahu anaknya dibunuh, Imran seolah-olah macam nak memberitahu sesuatu tapi tak terluah. Mungkin mereka suami isteri ada bertelingkah selepas Dharma pulang. Dan disebabkan tak mampu mengawal perasaan, Imran tak sengaja memukul isterinya dengan kayu sehingga mati. Ini pendapat kami sahaja.

Imran Lari Dari Indonesia

Screen Shot 2014-10-30 at 16.09.17

Selepas kematian Sulastri, Imran tak tunggu lama dan terus membawa anaknya pulang ke Singapura. Disebabkan itu, bapa mertuanya mula mengesyaki ada sesuatu yang tak kena dengan Imran. Kalau tak salah kenapa sampai lari bawa diri dalam keadaan tergesa-gesa, kan? Mungkin Imran sebenarnya lari dari perasaan bersalah.

Screen Shot 2014-10-30 at 15.58.47

Tapi berbalik kepada Dharma, watak antagonis yang dibawakan oleh Keith Foo ini pun boleh tahan suspicious juga. Entah-entah dia cuma berpura-pura sedih dengan kematian Sulastri bagi menutup perbuatannya. Malah, sewaktu Budi disiasat oleh pihak berkuasa, Dharma seolah-olah mencuba untuk mengalihkan perhatian polis kerana takut Budi yang terencat akal akan memberitahu hal sebenar.

Screen Shot 2014-10-30 at 16.10.34

Dalam masa yang sama, Budi juga disangka mempunyai kaitan rapat dengan kematian Sulastri memandangkan remaja itu berada di tempat kejadian dan merupakan saksi kepada pertengkaran antara Sulastri dan Dharma. Budi juga kerap menyebut perkataan ‘bunuh’, ‘bunuh’ selepas kejadian itu berlaku. Malangnya, Budi tak dapat membantu siasatan kerana masih trauma. Adakah Budi adalah pembunuh Sulastri?

Screen Shot 2014-10-30 at 16.00.52

Apapun, kami tetap tersentuh melihat babak Nora yang terluka sebaik sahaja Imran membawa pulang anaknya dan mengaku sudah berkahwin lain di Bali. Kami dapat bayangkan betapa hancurnya hati seorang wanita apabila diri dimadukan tanpa disedari.

Sementara nak tunggu episod akan datang, jom kita dengar dulu OST drama Kasih Berbisik yang dinyanyikan oleh Taufik Batisah ini. Tangkap jiwa uolls!

SKIP THIS AD ×