Laman Utama » Berita Terkini



Geleng kepala kami apabila lihat rekaan baju Raja Farah, sakit betul mata memandang. Kalau tengok dari segi kualitinya, taraf kain langsir gamaknya. Tertanya-tanya juga kami pereka fesyen mana’lah yang mendajalkan susuk tubuh anggun Raja Farah selama ini, dah boleh hantar surat resign kepada bos.

Tambahan lagi, rekaan ropol-ropol pada gaun malam ini membuatkan Raja Farah kelihatan lebih montel daripada biasa. Tengok sahaja bahagian lengan dan pinggulnya, macam kena pam! Dan bayangkan, ribuan hati hadirin yang berkata-kata mengenai baju Raja Farah ketika Festival Filem Malaysia (FFM) 23 tempoh hari.

Mungkin Raja Farah patut menggunakan perunding imej profesional demi menjaga status sebagai selebriti. Walaupun tidak’lah sepopular Lisa Surihani, namun imej tetap kena jaga dik non oi – fuh, bergaya kami jadi mak kiah.

Apa pun, selamat berbahagia menempuh alam perkahwinan bulan depan. Cheers!

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.