Kebaikan Kacang Soya - OHBULAN!

berita

Kebaikan Kacang Soya

June 7th, 2012 | by Ai | 4 comments
Gaya Hidup

Tahukah anda kacang soya mengandungi banyak khasiat untuk tubuh badan kita!. Pelbagai ujian dan penyelidikan sudah diterbitkan tentang keupayaannya dalam melindungi tubuh badan manusia dari serangan penyakit kanser Prostat, Kanser payudara dan Osteoporosis.

Soya mengandungi jumlah protin yang sangat tinggi. Bahkan ia sangat kaya dengan kalsium, zat besi, zink, fosforus, magnesiun, vitamin B, asid lemak Omega 3 dan juga serat.
Anda sudah tahu begitu banyak khasiatnya, makanlah sumber makanan yang di perbuat dari kacang soya seperti air kacang soya, tauhu, tempe dan sebagainya sebanyak mungkin untuk tubuh badan anda!
Jalani hidup yang sihat dengan permakanan yang baik. Untuk memastikan kesihatan tubuh badan kita sentiasa sihat amalkan juga senaman yang betul untuk tubuh badan kita.

4 Comments

  1. suka kau ke aku says:

    home soya sgt sedap.saya suka soya drinho juga…;)

    (0)
  2. arey says:

    Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan sebagainya. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yang baik kurang diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digembar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni kami nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Berikut adalah antara keburukan kacang soya :

    1. Tinggi kandungan asid phytic (sejenis bahan anti-nutrien) yang menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, zat besi dan zink yang penting untuk badan. Akibatnya, zat makanan yang kita makan tidak akan memberi manfaat kerana tidak diserap oleh tubuh. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.

    2. Mengandungi hemaglutinin yang mengakibatkan sel darah bercantum sesama sendiri.

    3. Mengandungi goitrogen yang mengkibatkan fungsi tiroid menjadi lemah. Ia boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

    4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan kuantiti pengeluarannya. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya? Hmm.. entah ke mana.

    5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat (perencat enzim) yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Ia juga boleh merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak).
    Tambahan pula, toksin ini tidak dapat dimusnahkan melalui proses masakan. Ini akan mengakibatkan tubuh badan kita kekurangan asid amino, kembung perut dan kerosakan pankreas. Malang sekali, disebabkan unsur antizat yang terdapat pada soya. Sesetengah pengeluar hasil soya membasuh soya dengan asid di dalam tangki aluminium untuk mamastikan antizat tu hilang!

    6. Wujud unsur heavy metal toxic di dalam tubuh badan, dan ia boleh menyebabkan nyanyuk, tahu??

    7. Mengandungi sejenis bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen pada wanita. Bahan ini dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak (minda) dan tulang. Bahan kimia ini juga, jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development yang mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang (melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan).

    Ia juga kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!

    ???????????????????????????????

    Memang benar soya juga mempunyai kebaikannya. Tetapi, ada caranya untuk mendapatkan khasiatnya itu. Berikut adalah antara kandungan soya yang membawa kebaikan.

    1. Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan. Susunan ini merupakan komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.

    2. Selain itu, soya juga mempunyai satu susunan yang paling menarik iaitu satu chemical bernama isoflavone. Isoflavone pula merupakan komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

    Walau bagaimanapun, kandungan isoflavone ini bukan mudah dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

    3. Tempe dan kicap (soy sauce) adalah selamat dan baik untuk kesihatan. Ini kerana tempe dan kicap telah melalui proses penapaian (fermentation process). Soya ini cuma tidak elok dimakan secara mentah (fresh) apatah lagi jika telah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar terutamanya). Tetapi, bagi sesetengah produk soya seperti tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

    Untuk pengetahuan kita semua, yahudi juga mengwar-warkan kebaikan minum soya kerana USA merupakan pengeluar terbesar soya. Secara kesimpulannya, mereka bukan sahaja melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita juga. Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

    ?????????????????????????

    Artikel ini adalah bahagian ke-6 (terakhir) dalam Siri Pembohongan Yahudi yang pertama (macamlah ade yang ke-2). Hehe… Fakta-fakta yang telah disembunyikan oleh musuh Islam telah kami sampaikan. Selebihnya, kami tidak memaksa korang percaya. Tepuk dada, tanya iman. :) Trimas kerana sudi baca dan share kepada kengkawan yang sedang berfacebooking dan bertweet-tweet tuh. Kepada korang yang belum baca lagi lima bahagian yang lain tu, klik je link di bawah. :-

    (0)
  3. kirana says:

    yes…soya bkn la air yg bgs utk kesihatan…cme sy msh tertny2 apakah effect bg air soya yg slalu jual kt pasar lm 2?…dorg kan proses sndr..sme jugak dgn kes tu fu fah…hmm…

    (0)