berita

Kecewa Putus Cinta, Zizan Razak Bawa Diri Balik Kampung Halaman

March 2nd, 2015 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2015-03-01 at 11.04.16 PM

Adat bercinta, pasti ada turun naiknya. Betul tak? Kuat manapun berusaha, andai sudah tiada jodoh pasti berpisah jua.

Itulah yang terjadi dalam hubungan cinta pengacara dan pelawak popular, Zizan Razak dan buah hatinya, Emma Maembong.

Emma pun dah mengakui tiada apa lagi antara mereka. Tetapi, yang menjadi persoalan, bagaimana agaknya Zizan megubati hatinya yang terluka ya?

Artikel Berkaitan: Zizan, Emma Maembong Clash!

Zizan Bawa Diri Balik Kampung

Screen Shot 2015-03-01 at 10.59.57 PM

Menerusi laman Instagram milik Zizan, kami lihat Zizan kini berada di Terengganu. Hmm, balik kampung ubati hati yang duka lara ke?

Andaian kami dikuatkan lagi apabila ada peminatnya yang turut bertanya soalan yang sama. Mungkin Zizan sedang bercuti dan merehatkan minda kot.

Maklumlah, orang putus cinta ni macam-macam cara nak rawat hati tu. Ada yang lari rumah, buat video, eh macam-macamlah.

Caption Deep…Very Deep

Screen Shot 2015-03-01 at 10.59.33 PM

Kalau korang perasan, walaupun caption yang ditulis agak kelakar dan melucukan, tapi pada kami ia merupakan caption paling deep dari Zizan.

Kami harap Zizan dapat mengharungi ujian ini dengan hati yang terbuka. Iyalah, yang patah tumbuh, hilang berganti. Tak gitu?

SKIP THIS AD ×