berita

Keek: Erra Fazira Kemalangan Motor

July 8th, 2013 | by Yusmirnadia | 9 comments
Isu & Kontroversi

erra fazira

Pada hari Sabtu yang lepas, Erra Fazira telah membuatkan ribuan peminatnya berada dalam kerisauan apabila selebriti itu terbabit dalam kemalangan sewaktu menunggang motosikal berkuasa tinggi miliknya.

Namun bagi yang prihatin terhadap keadaan Erra, anda boleh menarik nafas lega kerana ia cuma kemalangan kecil dan Erra hanya mengalami kecederaan ringan di kaki kirinya. Bagaimanapun, OHBULAN! difahamkan motosikal yang ditunggang Erra agak teruk juga keadaannya.

Screen Shot 2013-07-07 at 22.05.11

Menerusi video Keek yang dimuat naik oleh Umie Aida dan Linda Onn, mereka dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke Port Dickson namun terpaksa membatalkan niat sebaik sahaja kemalangan itu terjadi.

Screen Shot 2013-07-07 at 22.06.30

Keadaan Erra Fazira selepas kemalangan

OHBULAN! tak pasti apakah punca sebenar kemalangan tapi apa yang difahamkan, Erra terbabas hingga berada di bawah lori selepas motosikalnya gagal dikawal.

Apapun, syukurlah Erra tidak mengalami kecederaan teruk walaupun apa yang diceritakannya di dalam video Keek milik Umie Aida agak mencemaskan. Jom tengok video di bawah untuk mengetahui apa yang terjadi.

Kredit foto: Instagram Umie Aida

Yusmirnadia

Yusmirnadia

A ninja who rides a unicorn. Former business journalist. Food freak. Studied Bach. Mass Com (Hons) Broadcasting.

9 Comments

  1. woooo…. nasib baik.

    admin
    bankami.net

    (0)
  2. kemangi says:

    bahagia ke brkonvoi dgn motor,bahaya adala,umur dah senja carilah bahagia ngan cara lain

    (0)
  3. Olga says:

    entah hape2 je la mocik2 ni!

    yg sorang anak dara tua tinggal rangka..
    sorang bawa watak org susah tp dagu botoks!
    sorang lg dh jd janda tp sorok status!
    bermasalah betol!

    (0)
  4. fyeyi says:

    makcik Olga mulut mcm gampang.. suma org dikutuk nyer..

    (0)
  5. hambaallah says:

    olga!!! mulut kau memang xde adab la. Buat2 la bertaubat bulan2 ramadhan ni.. g cari hidayah. klu xsuka, ko xperlu nk kutuk2 org bro. cermin diri sendiri dulu. kita ni semua sama je allah bagi. cuma rezeki, cara masing2 je cmne nk perelokkan. jgn la asyik nk kutuk org tp diri sendiri lg teruk. subhanallah. pikir2 la. awk mengata org yg awk xsukam tp org yg awk xsuka tu xdpt dosa, malah dpt pahala. awk tu yg dpt dosa double lg. haihhhh. semua gmbr semua nk dikutuknya.

    (0)
  6. hambah yang kerdil says:

    Olga – Engkau kutuk2 mokcik2 tu baik sangat ke?
    apa yg engkau cakap tu betul ke?
    kalau x betul namanya FITNAH… kau bertaubat pun kalau ko x minta maaf dengan mokcik2 yg ko kutuk tu Allah xkan terima…

    (0)
  7. Azzahra Ulfah says:

    Sya suka ngan 3 artist ni.. I loikeee… Biar lah dh senja kh pakai botoks kh o dh jadi janda kh, yg penting wa enjoi ngan anak2 tengok umi aida. Kiut..

    (0)