berita

Keith Foo Dihadapkan Ke Mahkamah Kerana Maki Polis

May 25th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-05-25 at 1.42.38 PM

Gempar! Tiba-tiba Mek dapat dengar Keith Foo ada di mahkamah dengan kekasihnya Kim Raymond. Dah kenapa kan?

Rupa-rupanya, Keith Foo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang polis trafik.

Kekasih Memandu Bawah Pengaruh Alkohol

Screen Shot 2015-05-25 at 1.42.13 PM

Menurut informer kami, Keith Foo dan kekasihnya ditahan dalam satu sekatan jalan raya oleh sepasukan anggota polis trafik.

Ketika ditahan dan dijalankan beberapa ujian terhadap Kim (selaku pemandu), dia telah disahkan memandu dalam pengaruh alkohol.

Kau Siapa, Kau Ingat Kau Polis, Besar Sangatkah, Bodoh – Keith Foo

Screen Shot 2015-05-25 at 1.42.02 PM

Nak dijadikan cerita, Keith Foo yang ketika itu berada didalam kereta telah mengeluarkan perkataan kesat dan kurang sopan yang dianggap menghina polis berkenaan.

Akibat dari mengeluarkan perkataan kesat terhadap polis trafik tersebut, Keith Foo didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret.

SKIP THIS AD ×