berita

Netizen Dakwa Keith Foo Rindu Indonesia Kerana Adegan Ghairah?

August 28th, 2014 | by Ai
Kini Trending

ARIANA-ROSE-Drama-PC-85-950x633

Nama Keith Foo seakan-akan jarang kedengaran sejak tamatnya drama bersiri Ariana Rose yang bersiaran di TV3 beberapa bulan yang lepas kan? Masa tu, bukan main gila lagi adik kakak berebut-rebut remote control nak tengok kehenseman abang sado ni.

Namun, sebenarnya Keith Foo bukanlah menyepi, tetapi banyak juga drama dan telemovie yang dilakonkan oleh jejaka ini tau!

Kalau korang nak tahu, semalam melalui temubual Rotikaya bersama Keith, dia ada mengatakan dia merindui untuk berlakon di Indonesia. Iyalah, sebelum Keith datang Malaysia, dia kan lebih popular di sana terlebih dahulu.

ARIANA-ROSE-Drama-PC-27-950x633

Bagaimanapun, jelas sekali ada segelintir haters yang tidak puas hati dengan kenyataan Keith. Terkejut juga kami apabila membaca komen-komen yang diberikan.

Mana taknya, mereka mendakwa Keith sebenarnya merindui Indonesia kerana kerap menerima tawaran melakonkan aksi-aksi panas. Apatah lagi sudah menjadi kelaziman industri hiburan Indonesia yang suka memaparkan adegan ranjang bagi menarik minat penonton, terutamanya apabila digandingkan dengan pelakon wanita yang seksi belaka.

Apa yang mereka dakwa ada kebenarannya. Sebelum ini Keith Foo pernah melakonkan aksi cium bersama Tyas Mirasih dalam sebuah filem seram. Tak cukup itu, terdapat juga adegan mandi yang sangat menghairahkan bersama Dewi Perssik dalam Paku Kuntilanak.

keithfoo

Apa saja telahan peminat mahu pun haters itu sudah menjadi hak mereka. Jika diambil kira tahap profesional, Keith amat dikenali sebagai aktor yang berdisiplin dan berwawasan.

Asalkan Keith Foo tak melakonkan aksi ranjang lagi sudah lah. Nak jaga hati peminat Malaysia lah katakan.

Kredit Foto : Instagram Keith Foo

SKIP THIS AD ×