berita

‘Kekasih Baru’ Zizan Razak Jelas Status Hubungan Cinta

March 4th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

PROJEK CERIA / PPUM

Rasanya, kisah percintaan antara pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak dan kekasih barunya masih hangat diperkatakan.

Maklumlah, kononnya ‘kekasih baru’ Zizan itu orang kuat Astro. Fuh!

Namun, menerusi laporan Malaysian Digest, akhirnya, ‘kekasih baru’ Zizan yang juga merupakan Naib Presiden GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin buka mulut menjawab spekulasi ini.

Perkara Itu Tidak Benar

Screen Shot 2015-03-03 at 10.39.23 PM

Menurut lporan tersebut, Putri Yasmin menerangkan dia dan Zizan sama sekali tiada hubungan istimewa seperti yang digembar-gemburkan.

Tidak ada kebenaran. Rasanya anda semua tahu perkara itu tidak benar. Saya tidak akan buat apa-apa kenyataan atau sidang media berhubung perkara itu (dakwaan menjalin hubungan cintanya dengan Zizan).

Enggan Ulas Lanjut, Zizan Akan Beri Penjelasan

Screen Shot 2015-03-03 at 10.42.19 PM

Apa yang sepatutnya diperkatakan sudah pun diperkatakan. Maaf saya tidak boleh memberi komen kerana saya perlu menghormati pihak penganjur majlis pada hari ini.

Saya rasa Zizan akan membuat kenyataan pada malam ini.

Jadi, korang-korang yang dah tak sabar nak tahu apa perkara sebenar disebalik gosip percintaan ini, sama-sama kita tunggu penjelasan Zizan pula okay!

SKIP THIS AD ×