berita

Kekasih Hanez Suraya Mahu Bercerai Secara Baik Dengan Isteri

April 15th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

big_thumb_2830

Susulan daripada kontroversi cinta suami orang yang melibatkan pelakon Hanez Suraya dengan kekasihnya, Romie Razin Adilha Abd. Jais, berita hari ini melaporkan lelaki itu mahu mengemukakan permohonan baru untuk bercerai secara baik dengan isterinya, Nurliyana Manan.

Menurut peguam syarie yang mewakili Nurliyana, Kamar Ainiah Kamaruzaman, pihaknya telah bersetuju dengan cadangan peguam syarie Romie, Rubiah Jaafar supaya kes tersebut diselesaikan secara rundingan dengan kemungkinan besar Romie akan memasukkan permohonan kes baharu di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 iaitu bercerai secara baik.

PC hanez suraya-17

Difahamkan, peguam bagi kedua-dua belah pihak telah mengadakan perbincangan mengenai perkara ini sebelum kes tersebut didengar petang semalam.

Hakim Syarie, Zainal Abidin Kusmin menetapkan 16 Jun 2014 bagi mahkamah mengetahui keputusan perbincangan tersebut sama ada Romie akan memfailkan kes baharu atau perbincangan kes tuntutan fasakh yang difailkan Nurliyana akan berjalan seperti biasa.

isteri

Terdahulu, Nurliyana selaku plaintif telah memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap Romie pada 1 Oktober 2013 mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Ketika prosiding kes mereka berjalan semalam, Nurliyana kelihatan tenang namun Romie tidak hadir disebabkan masalah kesihatan.

Sumber : Kosmo!

SKIP THIS AD ×