Kelazatan Menu '4Fingers' Yang Boleh Buat Korang Terliur - OHBULAN!

berita

Kelazatan Menu ‘4Fingers’ Yang Boleh Buat Korang Terliur

June 8th, 2017 | by megat syamim | 0 comments
1.2K
reads
307
shares
Shout Out!

Bagi penggemar ayam goreng, kami ada berita yang baik untuk korang! 4Fingers kini telah melebarkan sayapnya dengan membuka branch yang baru di Sunway Piramid.

Baru-baru ni admin dan rakan-rakan pergi berbuka puasa di sana untuk mencuba beberapa menu dari 4Fingers.

Sedap gila! Semua menu yang admin cuba semuanya sedap-sedap. Jadi admin nak kongsikan apa yang best dekat 4Fingers yang wajib korang cuba! Jom cekidut!

 

Chicken Signature

Chicken Signature! Menu utama yang 4Fingers ketengahkan. Ayam crispy yang rangup disaluti sos istimewa sememangnya akan memberi kenikmatan berbuka puasa di sini.

Menariknya, korang boleh pilih sos dia sama ada korang nak yang pedas (hot) atau tak (soy garlic). Nak campur dua-dua pun boleh! Sos dia pulak memang sedap taraf A+!

 

Chicken Katsu Sandwich

Menu ni memang tak rugi kalau korang nak cuba. Roti yang dibakar dengan mentega dan inti dari kombinasi ayam dan kimslaw ini pasti  membuatkan korang termimpi-mimpi rasanya.

Jangan risau! Menu ni dihidangkan dengan dua set sandwich. Confirm kenyang punyalah bila korang makan.

 

CHICKEN RICE BOX

Haa kat 4 Fingers juga ada menyediakan menu Rice Box. Korang boleh pilih sama ada nak set ayam, seafood atau tofu.

Specialnya menu Rice Box ni, ia menggunakan Japanese Rice ditambah pula dengan sos teriyaki. Memang terbaiklah!

Jadi, untuk korang yang terpikir nak berbuka kat mana, admin cadangkan korang boleh berbuka di 4 Fingers ni.

Sekarang dah ada 3 cawangan. Korang boleh pergi ke Mid Valley, Nu Sentral dan Sunway Piramid.

Untuk keterangan lanjut, korang boleh klik di website ni:

http://www.4fingers.com/Malaysia-4Fingers

atau

https://www.facebook.com/4FingersMY/

 

Comments are closed.