berita

Kemalangan Jalan Raya : Kereta Remuk, Mujur Fizo Omar & Mawar Selamat

July 25th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Fizo-Omar-Mawar-Bakal-Adakan-Tiga-Resepsi-Perkahwinan-ROTIKAYA

Sudah menjadi seperti rutin pula apabila setiap kali tiba musim perayaan, pasti jumlah kemalangan jalan raya akan meningkat secara mendadak.

Mungkin dek kerana ghairah untuk segera sampai ke kampung, aspek-aspek keselamatan di jalan raya sering diketepikan sehingga terlibat dalam kemalangan tragis, sekaligus meragut nyawa insan tersayang.

Agak terkejut juga kami semalam apabila tersebarnya foto-foto kenderaan peribadi Fizo Omar yang dikatakan terlibat dengan kemalangan yang agak teruk. Remuk juga kereta Audi tu.

mawar fareeda kemalangan

Antara foto kemalangan yang dipercayai berlaku di Kuala Krai semalam

Malah, ada juga peminat yang memberi komen di laman sosial bahawa dia terlihat kenderaan tersebut dipandu laju dan memotong secara merbahaya.

mf

Antara komen peminat di laman Facebook

Bagaimanapun menerusi laman Twitternya, Fizo mengesahkan bahawa dia dan isterinya tidak menaiki kenderaan tersebut dan telah selamat tiba di Kota Bharu. Malah, kesemua penumpang kenderaan tersebut juga selamat.

Screen Shot 2014-07-25 at 10.24.38 AM

Status Twitter Fizo Omar

Alhamdulillah. Nasib baik semuanya okay dan tiada kecederaaan serius yang dialami oleh para penumpang. Apapun, diharapkan agar semua pihak mengambil iktibar dengan insiden ini dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×