berita

Dato’ Rossa Curi Tumpuan Di Konsert Destini

December 23rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

Konsert Destini-157

Pada 20 dan 21 Disember yang lepas telahpun berlangsungya majlis gilang gemilang Konsert Destini anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) universiti tersebut.

Konsert amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan menyambung pelajaran ke menara gading ini menampilkan beberapa orang artis ternama antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Adira dan Hafiz Suip.

Lebih menarik lagi, penganjurnya turut menjemput penghibur-penghibur terkenal dari negara seberang seperti Dato’ Rossa, Cakra Khan dan Pasha Ungu untuk menghiburkan penonton-penonton tempatan.

Konsert Destini-48

Hari pertama konsert tersebut dihiburkan dengan suara merdu Dayang Nurfaizah mendendangkan lagu Dayang Sayang Kamu dan Selagi Masih Ada Cinta sebagai persembahan pembuka tirai.

Tidak seperti artis-artis yang lain pada malam tersebut, Rossa membuat kelainan dengan menyampaikan tujuh buah lagu antaranya seperti Terlanjur Cinta, Kekasih Awal Dan Akhir, Ayat-Ayat Cinta dan Hey Ladies.

Rossa yang ditemui selepas konsert menjelaskan itu adalah permintaannya untuk menyanyikan lebih banyak lagu daripada penyanyi yang lain kerana jarang berpeluang membuat persembahan di Malaysia.

Konsert Destini-199

Saya yang minta untuk menyanyi lebih banyak lagu. Kerana saya jarang berada di Malaysia, jadi saya teringin mahu menghiburkan peminat-peminat di Malaysia dengan lebih lama.

Sementara itu, Dato’ Siti pula menutup tirai konsert itu dengan persembahan penuh bertenaga menerusi lagu Destinasi Cinta, Lebih Indah, Cindai dan Isabella berduet dengan Amy Search.

Dari apa yang dapat disimpulkan, Konsert Destini pada tahun ini tidak hanya dianggap sebagai konsert amal biasa.

Ini kerana jumlah hadirin yang memenuhi setiap ruang dewan tersebut dan kesudian mereka menyanyi bersama sepanjang dua jam konsert itu berlangsung membuktikan kemeriahan yang tiada tolok bandingnya.

Konsert Destini-53

Malah gelagat dua pengacara berbakat, AG dan Neelofa yang muncul di setiap selingan juga berjaya membuatkan penonton terhibur dengan lawak jenaka mereka.

Di samping itu, Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali menyatakan matlamat yayasan untuk mengutip dana sebanyak RM2 juta telah tercapai selepas kesemua tiket ke Konsert Destini selama dua hari habis terjual.

Kejayaan malam ini juga hasil kerjasama artis yang terbabit untuk membantu pelajar miskin. Dana tabung ini akan digunakan untuk membantu pelajar kurang berkemampuan di kawasan pedalaman untuk melanjutkan pengajian kep peringkat lebih tinggi.

Dengan kejayaan tersebut, Datuk Aizuddin tidak menolak kemungkinan bahawa konsert ini akan dijadikan majlis tahunan melihat kepada sambutan hangat yang diterima.

Jelas Datuk Aizuddin lagi, pihaknya telah mengenal pasti pelajar yang layak untuk menerima dana tersebut dan akan membuat penilaian yang lebih lanjut dalam masa terdekat.

Apapun untuk semua pembaca OHBULAN!, di bawah ini kami sertakan foto-foto yang sempat dirakam oleh jurugambar kami sepanjang hari pertama Konsert Destini pada hari Jumaat lepas.

SKIP THIS AD ×