berita

Kenapa Ashraf Muslim Nasihat Kedua Isterinya Supaya Tidak Lagi ‘Upload’ Gambar Bersama?

September 11th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-09-11 at 2.19.00 PM

Sejujurnya, kami amat mengagumi keluarga kecil Ashraf Muslim ini. Mungkin dek kerana kebijakan Ashraf untuk mendidik kedua-dua orang isterinya, kehidupan bermadu nampak begitu indah.

Mana taknya, hubungan akrab antara isteri pertamanya, Dayana dan isteri kedua, Sakinah sering menjadi perhatian para pengikut Instagram mereka.

Tak tahulah sama ada mereka ni jealous ataupun mahu sengaja mahu melagakan, kedudukan kedua isterinya ketika mereka bergambar pun sering dipersoalkan sehingga Ashraf membuat keputusan agar Dayana dan Sakinah tidak lagi muat naik foto bersama.

Screen Shot 2014-09-11 at 2.21.01 PM

Foto ini dikritik kerana Ashraf Muslim dikatakan lebih cenderung kepada Sakinah

“Saya pun tak faham apa yang salahnya gambar-gambar tersebut.  Takkan kedudukan isteri pertama dan kedua yang diambil juga menjadi satu masalah?

Untuk tidak membiarkan hal tersebut menjadi cakap-cakap orang, saya menasihati mereka agar tidak memuat naik lagi gambar-gambar bersama.  Dari gambar juga boleh menimbulkan fitnah.

 Bila sudah jadi macam ni, saya tegur mereka.  Dan nampaknya mereka faham dan dengar.  Kalau ada pun yang dimuat naik adalah gambar masing-masing.”
Menerusi laporan Media Hiburan lagi, Ashraf juga menafikan dakwaan bahawa Dayana sedang hamil dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Kredit foto: Instagram Dayana

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×