berita

Kenapa Orang Jepun Tak Merokok Di Tempat Awam? Jawapan Lelaki Ini Sungguh ‘Menginsafkan’

November 9th, 2015 | by Wan
Kini Trending

jepun

Kebelakangan ini isu vape hangat diperkatakan oleh netizen. Macam-macam pendapat dilemparkan, ada yang menyokong malah ada yang menentang habis-habisan.

Namun kami cukup tertarik dengan satu perkongsian oleh page Zonkuliah tentang bagaimana budaya merokok di Jepun. Satu tempat khas disediakan untuk perokok dan paling mengejutkan jawapan yang diberi apabila ditanya tentang hal ini.

Susah nak lihat orang merokok di Jepun

Screen Shot 2015-11-09 at 12.15.10 PM

Menurut perkongsian Zonkuliah terbabit, memang sukar untuk melihat orang merokok di Jepun dan kebanyakan hanya merokok di ruang yang disediakan.

Baru ujian VAPE dan ROKOK sebahagian orang yang mengaku Islam dah jadi macam orang hilang pedoman. Belum lagi diuji dengan kebuluran dan sungai api. Selamatkah iman kita nanti? Wallahua’lam. Semoga semua yang “kenal” Islam dipeliharakan keimanan, ilmu dan akhlak mereka sehingga akhir hayat. Amin.
Di Jepun, semasa di Hiroshima, Kyoto dan Kobe, susah nak lihat orang merokok, seolah2 orang Jepun nie tak merokok.
Ada bilik atau ruang khas disediakan untuk perokok, dan kebanyakkan orang hanya merokok diruang yang disediakan.
Kami tanya En Kosaku, suami kepada Pn Akemi, yang menaja penginapan kami di Kobe, adakah orang yang merokok ditempat awam, bukan diruang yang disediakan akan dikenakan denda atau apa2 hukuman?

Kurang beradab merokok depan orang ramai

area

Apabila ditanya mengenai adakah apa-apa hukuman bakal dikenakan jika merokok di hadapan orang ramai, ini jawapan lelaki Jepun tersebut.

Dengan nada terkejut En Kosaku menjawab;
“Ehh?.. Tak da apa2 denda! Cuma kurang beradab kalau merokok depan orang ramai. Ada budak2 dan sebagainya. Perokok nie merokok di ruang yang disediakan sebagai menjaga adab yang baik saja. Kalau nak merokok ditengah2 jalan pun, tak da hukuman apa2..Jepun bukan macam Singapura, di Singapura kalau ada yang merokok ditempat awam, akan dikenakan panalti.”

Malu nak cerita, di Malaysia, bukan saja orang merokok ditempat awam, malah tempat larangan merokok yang ada signboard denda jika merokok pun tak diendahkan.

Kalau la semua orang Islam tidak merokok.. Alangkah indahnya dunia… Sekurang2nya kita boleh berbangga dan menjadi contoh disitu.. Tapi malangnya hari nie muslimah bertudung labuh pun merokok/vape. Jangan sampai Islam terfitnah sebab perbuatan kita! Nauzubillahiminzalik

Sumber : Zonkuliah

SKIP THIS AD ×