Laman Utama » Berita Terkini

Malam ini akan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 25 yang dinantikan oleh 14 penyanyi untuk berentap di pentas bagi memastikan lagu mereka berjaya merangkul anugerah paling eksklusif ini. Julung kali, anda yang mempunyai capaian internet berkelajuan tinggi boleh menonton AJL 25 melalui laman Tonton, dalam kualiti video yang baik.

Setakat ini, tiket masuk ke AJL 25 sudah habis diedarkan kepada orang ramai. Menurut rakan media Rotikaya, tiket AJL 25 laku bak pisang goreng panas, 900 tiket habis diedar dalam masa 15 minit selepas kaunter dibuka. Fakta menarik, pentas AJL 25 kali ini merupakan pentas yang terbesar dan paling hip yang pernah dibuat oleh Tv3 sepanjang 25 tahun penerbitan acara ini.

Menurut ramalan wartawan Joe Lee, beliau menjangkakan lagu-lagu Cinta Sempurna (Yuna), Selamat Malam (Faizal Tahir), Hanyut (Faizal Tahir), Mencari Konklusi (Hujan), Pelita (A.P.I.) & Drama King (Meet Uncle Hussain) akan memberikan persaingan yang hebat, serta persembahan yang baik.

Sedikit spoiler, Faizal Tahir akan menggunakan tangki air ketika mempersembahkan lagu Hanyut, ehem, satu pendekatan berbeza. Manakala, persembahan Adira dikatakan berunsurkan tema raya Cina lengkap dengan kain merah. Gambar persembahan rehearsal Adira selepas ini.

Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 25 akan kami update malam nanti. Gunakan hashtag rasmi #AJL25 sebagai twitter trend.

Juara Lagu : Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Naib Juara : Drama King – Meet Uncle Hussain & Black
Tempat ketiga : Noktah Cinta – Hafiz
Persembahan terbaik : Hanyut – Faizal Tahir
Vokal terbaik : Noktah Cinta – Hafiz

Foto & berita kredit kepada @klubbkiddkl,Rotikaya. TQ!

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

K-Pop : Kumpulan CNBLUE Dalam Buku Teks Muzik Di Thailand