Laman Utama » Berita Terkini

17 kategori dipertandingkan, Yunalis Zarai atau Yuna berjaya merangkul 3 kategori dan secara tidak langsung dinobatkan sebagai pemenang anugerah khas, The Ultimate Awards. Sempat juga kami berlawak selingan dengan Yuna selepas acara tamat di Twitter, ikuti perbualan kami selepas ini.

See, we love publicity, right?

2 selebriti yang berjaya membawa pulang lebih dari 2 anugerah. Yuna, membawa pulang anugerah bagi kategori PopStar Award, Breakout Award & The Ultimate Award. Manakala Bunkface berjaya merangkul anugerah Rockstar Awards & Music Video Award.

Bagi kategori Hot Chick Awards, tanpa disangka Scha Al-Yahya berjaya memenangi kategori tersebut. Ramalan kami berdasarkan undian Hot Chick Awards tempoh hari nampak’nya tidak tepat, kalau diikutkan Nur Fazura pilihan tertinggi.

Kool gila lighting, macam event Godskitchen.

Kategori Hot Guy Award, memang tidak disangkalkan Henry Golding begitu mudah menepis semua calon-calon. Berbekalkan wajah kacak & mix, kebanyakan gadis-gadis tempatan tidak diragui mengilai wajah’nya. Tetapi, kami rasa Sam Shaheizy lagi hot, bakal jadi samseng malaun dalam filem Kongsi, tahun depan.

Berikut adalah keputusan penuh pemenang Shout! Awards 2010 :

1. Pemenang Rockstar Award – BunkFace

2. Favourite TV Personality Award – Zizan Raja Lawak

3. Breakthrough Local Feature Award – Lagenda Budak Setan

4. PopStar Award – Yuna

5. Power Vocal Award – Faizal Tahir

6. Fresh TV Series Award – Nur Kasih

7. Favourite TV Program Award – Showdown 2010.

8. Music Video Award – BunkFace

9. Flava Award – Mizz Nina

10. Hot Guy Award – Henry Golding

11. Hot Chick Award – Scha Al Yahya

12. Coolest Radio Annoucer Award – Phat Babes Fly FM

13. Favourite Radio Show Award – Hot FM AM Krew

14. Best On-Screen Chemistry Award – Papadom

15. Mobile Artiste of The Year Award – Sixth Sense

16. Break Out Award – Yunalis Zarai

17. The Ultimate Award – Yunalis Zarai.

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Rita Rudaini Geli Hati Dengan Tuntutan Suami