berita

Keputusan Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25)

March 2nd, 2013 | by Ell | 7 comments
Kini Trending

Screen Shot 2013-03-02 at 9.51.56 PM

Sudah memasuki tahun yang ke 25, Festival Filem Malaysia (FFM) sekali lagi dianjurkan dan kali ini ianya lebih meriah dari tahun sebelumnya. Anugerah ini merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia dan diadakan bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun.

Sebentar tadi, anugerah ini telah berlangsung di Putrajaya International Convention Center (PICC) dan telah dihoskan oleh pelakon dan juga selebriti terkenal, Erra Fazira & Fahrin Ahmad. Berlangsung gilang-gemilang, anugerah ini telah meraikan jubli perak seiring dengan masuknya sambutan tahun yang ke-25.

Anugerah ini turut diserikan dengan persembahan khas oleh bekas juara Akademi Fantasia iaitu Hazama dengan lagunya, ‘Aku Mahu Dia’, Ella, Rahim Maarof dan lain-lain lagi penyanyi popular.

Berikut ialah senarai penuh pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM 25).

Filem Box Office – Ombak Rindu

Penyunting Terbaik – Wong Hui Lynn (Songlap)

Cerita Asal Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)

Pelakon Harapan Wanita –  Jojo Goh (29 Februari)

Pelakon Harapan Lelaki – Izzue Islam (29 Februari)

Lakon Layar Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)

Sinematografi Terbaik – Haris Hue Abdullah (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Normah Damanhuri (Songlap)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Syafie Naswip (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin (Ombak Rindu)

Pelakon Lelaki Terbaik – Faizal Hussein (Bunohan)

Filem Bukan Melayu Terbaik – Petaling Street Warriors

Pengarah Filem Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan)

Filem Terbaik – Bunohan

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

7 Comments

  1. Olga says:

    Host sumpah BOSAN gile!
    Fahrin buat lawak bodoh and xde org ketawa kesian!
    anyway Bunohan ni kekdahnya Filem Anugerah je lah.. kutipan sedih x balik modal!

    (0)
  2. Homosapien says:

    Memang agak mengecewakan ffm ke25 kali ini kerana agak hambar secara kesuluruhannya.tapi walau bagaimana saya ada satu pendapat yg saya ingin kongsikan besama yg lain.saya dan seluruh keluarga saya berasa agak tidak puas hati apabila penerima anugerah menggunakan bahasa inggeris selain drpd bahasa melayu ketika menerima anugerah.hakikatnya ini adalah festival filem MALAYSIA bukannye anugerah oscar yg memerlukan penggunaan bahasa inggeris.ya mmg tidak dpt dinafikan penguasaan bahasa inggeris amatlah penting tetapi kenapa penerima anugerah filem kita menggunakan bahasa inggeris ketika memberi ucapan di khalayak ramai?bukankah festival filem ini utk memartabatkan budaya negara kita?saya tidak menentang penggunaan bahasa inggeris kerana saya sendiri menggunakan nya setiap hari kerana ia adalah medium pembelajaran saya di kolej.saya sendiri adalah pelajar A-level di salah sebuah kolej swasta yg insyallah bakal melanjutkan pelajaran di luar negara.agak sedih apabila melihat bahasa melayu hilang begitu saje.saya boleh menguasai kedua2 bahasa dgn baik dan menggunakan nya dgn sama rata dlm rutin harian saya krn bahasa melayu adalah bahasa bangsa dan negara saya sbg seorang rakyat malaysia.knape ffm tidak mewajibkan saje utk smua penerima anugerah menggunakan bahasa melayu?ini adalah cara yg terbaik utk memartabatkan bhs melayu kita kerana mereka lah yg akan membawa imej kita ke seluruh dunia.tidak kira lah apa bangsa mereka melayu ,cina atau india.hargailah bahasa melayu kita dan ingtlah ini bukan lah anugerah oscar kerana kita berada di malaysia.

    (0)
    • Vina says:

      ko ingat cina2 bukit & paria2 tu fasih ke ckp bm?
      itulah realitynya! even melayu pprt pun cakap english berterabur tp tetap nk speaking!
      x urban la ckp melayu!

      (0)
    • Maylowbee says:

      Ko pi ckp la kat si Sharad Shahan tuh. Terbit filem melayu tp sepatah haram pon x bleh ckp melayu masa mlm tuh. Mungkin dia pon tk tgk filem yg dia terbitkan sbb dlm BM. Kira nk buat duit je sebenarnya. Org melayu plak nk ckp BI, semua lingkop, especially si Erra Life of Pea tuh. Kalo ye pon tk sure, tk tengok oscar ke? Tp nk jd retis. Si Fahrin plak, menyemak je kat atas stage tu, boring giler FFM.

      (0)
  3. pinta says:

    Homosapien, wah a-level o si kawan

    (0)
  4. anonymous says:

    Boring giler! Hari tu tngok Oscars best Walaupn x de subtitle! Tpi perbezaan yg plg bsr ialah knp lps pmng diumumkn dgr mcm 3 org je yg tpuk tgn?! Truk btul. Tpi bunohan mmg layak sbb best. N filem tu tyg untuk oscar foreign film tpi x dpt top5.

    (0)
  5. halim says:

    Bosan………syok sendiri……….bunohan memang best………salute kat faizal hussin…..keep on rollin….

    (0)