berita

Kerana Tersilap Dail Nombor, Lelaki Ini Akhirnya Bertemu Jodoh Dengan Nenek Tua

February 21st, 2017 | by Shafika
Kini Trending

nenekdp

Kisah pemuda yang berkahwin dengan seorang nenek berusia 82 tahun jadi viral di media sosial Indonesia selepas gambar perkahwinannya tersebar di Internet. Ni orang cakap cinta tak kenal usia. Beza jarak umur 54 tahun bukan penghalang untuk mereka saling berkasih sayang.

Siapa sangka hanya kerana tersilap dial nombor, cinta mereka sehingga ke jinjang perkahwinan. Pehh memang betul la jodoh ajal maut di tangan tuhan.

Kenal sebab tersilap dail nombornenek1

Sulawesi Utara, Indonesia: Seorang pemuda berusia 28 tahun di Minahasa Selatan di sini, menarik perhatian apabila berkahwin dengan wanita berusia 82 tahun, Sabtu lalu, selepas setahun saling kenal mengenali.

Kisah pemuda itu kini heboh di media sosial Indonesia selepas selepas gambarnya berkahwin Martha Potu tersebar di Internet.

Sofian berkenalan dengan Martha kira-kira setahun lalu selepas wanita itu tersilap mendail nombor telefonnya.

Walaupun dapat tahu tua tapi tetap cinta

nenek2

“Saya belum pernah bercinta sebelum ini, dan saya berasa jatuh cinta,” kata Sofian.

Tidak tahan dengan perasaan cintanya, Sofian nekad mengunjungi Martha di Lelama, yang jaraknya amat jauh. Saat bersua muka kali pertama dengan Martha, Sofian terkejut.

“Saya tidak sangka Martha sudah setua ini. Namun, kami berasa benar-benar jatuh cinta, dan sepakat melanjutkan hubungan ini,” kata Sofian

Sering berhubung walaupun tidak tahu umur. Memang betul orang orang cakap cinta sejati bila dapat tahu tua pun masih cinta. Bak kata orang cinta tak kenal usia. Janji cinta. Gituww

Tak sangka tuhan utuskan Sofian

nenek3

Sebenarnya ramai yang menghalang perkahwinan mereka, lebih-lebih lagi keluarga perempuan Martha. Yelah kahwin dengan orang muda baya anak dia je kan. Orang cakap kalau dah jodoh tak kemana, usaha punya usaha akhirnya bersatu la mereka dalam ikatan yang sah. Oh sweet kan?

“Saya berdoa kepada Tuhan jika masih diizinkan dan diberi kesempatan, saya meminta ada suami yang boleh mengurus saya pada usia tua ini.

“Tak sangka Tuhan mengutus Sofian,” kata Martha.

Buat pengetahuan korang Martha kehilangan suami 10 tahun lepas dan mempunya dua anak. Anaknya berada di Jerman dan Arab Saudi. Semoga perkahwinan mereka till jannah. Gituw

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×