berita

Kerugian Hampir RM500 Ribu, Rozita Che Wan Bakal Serah Notis Tuntutan Kepada 2 Jenama Produk Kecantikan Dan Kesuburan

April 4th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

che ta-1

Bagaikan sudah menjadi adat bergelar selebriti, sudah pasti akan ada sahaja pihak yang tidak bertangungjawab mahu mengambil kesempatan ke atas diri mereka.

Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan selebriti yang mempunyai pakej lengkap seperti Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta.

Terkini, primadona terkemuka tanah air ini telah mengadakan satu sidang media bagi mengumumkan bahawa dia bakal mengemukakan notis tuntutan terhadap 2 buah produk kecantikan dan kesuburan.

che ta-2

Rozita Che Wan bakal serah notis tuntutan kepada 2 buah produk kecantikan dan kesuburan

Produk berkenaan telah menggunakan nama dan foto Che Ta tanpa kebenaran yang bertujuan untuk melariskan lagi jualan produk tersebut terutamanya dalam media sosial.

“Sebelum ini pengurus saya telah pun menghubungi stokis dan pemilik produk mereka dan meminta agar iklan tersebut diturunkan.

Malah saya sendiri telah menegur individu tersebut di laman Instagram. Namun, selepas 3 bulan, iklan tersebut masih tidak diturunkan.”

Che Ta turut memberitahu bahawa dia telah kerugian hampir RM500 ribu apabila pihak yang mahu melantik dirinya sebagai duta telah menarik semula tawaran tersebut berikutan kes ini yang masih tidak diselesaikan.

“Saya tidak akan terus saman. Jadi notis tuntutan ini adalah sebagai langkah pertama dan amaran untuk 2 buah produk tersebut.”

Wakil peguam Che Ta, Encik Ahmad Fuad turut menambah bahawa dia memberi masa selama 14 hari kepada individu itu untuk memadam iklan tersebut.

“Jika pihak tersebut tidak menurunkan iklan tersebut dalam tempoh 14 hari, akan ada tindakan susulan yang bakal dilaksanakan.”

Dalam pada itu, Che Ta juga berharap agar tindakan yang dilakukan ini dapat memberi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak menyalahguna nama mana-mana selebriti untuk menjual produk mereka.

SKIP THIS AD ×