berita

Kes Curi : Aliff Aziz Hanya Mangsa Keadaan?

September 30th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Aliff-Aziz-Hilang-Cetus-Tanda-Tanya-ROTIKAYA

Selebriti yang berasal dari Singapura ini sememangnya famous di Malaysia dengan pelbagai kontroversi yang melanda. Ada sahaja yang bikin namanya ‘panas’.

Artikel Berkaitan: Saya Bukan Nabi – Aliff Aziz Tak Kisah Dilabel ‘Bad Boy’

Kali terakhir kami berjumpa dengannya adalah sekitar bulan Julai yang lalu. Ketika sesi tembual diadakan, Aliff mengatakan bahawa dia cuba untuk membina imej diri yang lebih bersih selepas ini.

Namun, kami agak terkejut apabila membaca laporan Utusan yang mengatakan bahawa Aliff Aziz kini dilarang keluar dari Singapura kerana pasportnya ditahan pihak berkuasa negaranya atas tuduhan mencuri telefon bimbit.

AliffAziz2

Bagaimanapun menurut laporan tersebut lagi, Aliff sebenarnya menjadi mangsa keadaan dek kerana terlalu percaya dengan rakannya.

Namun, kes ini masih lagi dalam siasatan dan pihak pengurusan Aliff di Malaysia masih lagi mengambil sikap berdiam diri mengenai perkara ini.

Erm.. setahu kami, kalau berkaitan dengan soal pasport ni memang tak boleh buat main walaupun hanya melibatkan kes-kes kecil. Apapun, kita tunggu jelah apa keputusan pihak berkuasa Singapura mengenai kes ini.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×