berita

Kes Penceraian Meningkat, Wanita Ini Beri Sebab Kenapa Pengurusan Rumahtangga Orang Kita Masih Lemah

May 30th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

isteri solehah 3 header

Dengan keadaan ekonomi dan peningkatan taraf hidup zaman sekarang ini, tugas mencari rezeki bukan hanya terletak pada bahu suami. Isteri juga bekerja untuk membantu suami meringankan beban. Apabila masing-masing dah penat bekerja mulalah berlaku pergaduhan kerana tidak bersefahaman dan sebagainya.

Wanita ini beri sebab kenapa pengurusan rumahtangga dalam masyarakat kita masih ditahap lemah walaupun ceramah kesedaran berumahtangga ni dah banyak kali diadakan. Katanya, jangan tumpu kepada isteri type 1 saja, zaman sekarang banyak isteri yang type 2. Eh?

Kebanyakan contoh diberi dalam ceramah untuk isteri type 1

815

sekadar gambar hiasan

Dear ustaz/ustazah.

Saya dah dengar banyak ceramah pasal bagaimana seorang isteri patut melayan suami. Semuanya betul.

Cuma, almost semua situasi yang diceritakan itu kisah isteri duduk rumah. Isteri type1.

Memanglah manis isteri sambut suami balik.
Suami balik buatkan air.
Suami balik makanan dah siap.
Suami nak makan apa, masakkan.
Suami balik rumah bersih, wangi.
Isteri dah siap berhias bermekap.

Suami nak apa, layankan.

I couldn’t agree more.
Memang betul semua tu.

Cuba tukar contoh-contoh dalam ceramah anda, ambil contoh isteri type 2

ibubekerja crop

sekadar gambar hiasan

Tapi pernahkah kita terfikir,
Walaupun ceramah kesedaran berumahtangga ni dah banyak kali diadakan, pengurusan rumahtangga masih ditahap lemah dalam masyarakat kini.

Lihat sahaja statistik penceraian.
Jumlah kes isteri nusyuz.
Kisah isteri derhaka.

It is all climbing up.

Why ustaz? Why ustazah?

I would like to suggest one thing.

Cuba tukar contoh2 dalam ceramah anda.
Ambik contoh isteri sibuk berkerjaya.
Isteri type 2.

Berkerja pula bukan sebab suka nak kerja, tapi nak bantu suami tanggung perbelanjaan keluarga.
Isteri balik rumah lebih lewat dari suami atau paling koman sama time.
Isteri letih berlipatkali ganda dari suami.
Suami letih, balik rumah rehat.
Isteri letih, balik rumah, boleh rehat ke?

Hujung bulan siap isteri kene buat side income pulak nak tolong suami bayar bil.

Sudah-sudahlah dengan cerita isteri tunggu suami balik depan pintu dengan senyum manis tu

Kata-Kata Cinta untuk Seorang Istri Solehah

sekadar gambar hiasan

Isteri2 kategori ni yang lebih perlukan guidance.
Isteri jenis ni yang perlukan rawatan rohani.
Mereka ini yang perlu dididik bagaimana nak kekal hormat, taat pada suami dalam keadaan badan letih, otak serabut, kepala pusing.
Mereka perlu bantuan bagaimana cara nak tunaikan segala permintaan suami dan penuhi segala keperluan suami dalam keadaan tak cukup masa di rumah, tak cukup tenaga di badan, dan tak cukup tenang di fikiran.

Isteri type 1 yang boleh sambut suami balik tu memang dah banyak sangat tips yang sesuai yang boleh dipraktikkan.

Tapi jenis isteri type 2 ni masih menggagau mencari2 bagaimana nak uruskan suami dengan senyum manis bak gula batu.

Ustaz/ustazah
Lihatlah keadaan sebenar. Sudah2 lah dengan cerita isteri tunggu suami balik depan pintu dengan senyum manis tu. Dah banyak dah contoh2 yang macam tu.

Cuba ajar bagaimana nak senyum manis bila sampai rumah dah maghrib lepas redah jam sejam setengah, masuk rumah kain berlonggok, pinggan bertimbun, tengok kat fridge melekat bil letrik, air dan segala bil masih belum berbayar.

Belum sempat tarik nafas, anak2 dan suami pulak dah tanya, malam ni mama nak masak apa?

Isteri2 type 2 ni perlu penyucian jiwa, pencerahan emosi dan terapi jasmani.

Phewwww!

Credit to Izyan Izdihar Shaarani

sumber : Naha Fieza

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×