berita

Kesilapan Saya Allah Yang Nilai Bukan Manusia – Siti Fazurina

February 14th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

734687_10151431472409630_1745664844_n

Sekiranya minggu lalu kami telah memaparkan video pernikahan pelakon ‘Dunia Anita,’ iaitu  Siti Fazurina bersama pasangannya Hykal. Kali ini kami ingin memaparkan pula foto disekitar majlis resepsi pelakon ini yang telah mendapat sentuhan kreatif daripada jurufoto rasminya iaitu Azzaharry Othman.

Menerusi foto yang dipaparkan, nampaknya Fazurina hanya mengenakan turban bagi menutupi bahagian kepalanya dan bahagian hadapan rambut Fazurina juga didedahkan sedikit seolah-olah ingin menunjukkan jambulnya.

Sekiranya sebelum ini semua sedia maklum Fazurina sememangnya telah berhijranh untuk mengenakan hijab, jadi mengapa dia berpakaian sebegitu sewaktu majlis persandingannya? Oleh itu, Fazurina telah tampil untuk menjelaskan segalanya.

“Jika orang rasa saya salah, saya minta maaf. Namun, saya sendiri suka benda itu, jadi sebab itu saya buat. Apa yang penting, apa saja saya rasa suka dan buat saya rasa puas, saya akan buat. Saya tak ambil peduli dengan apa yang orang akan cakap. Saya buat tak tahu saja dan bagi saya, lebih baik kita jaga diri masing-masing.

“Saya agak rimas bila isu ini diperbesarkan. Jika ada pihak yang nak mencari kesalahan saya, saya tak kisah kerana bagi saya, kesilapan saya, Allah yang nilai, bukannya manusia. Jika saya nak seksi, itu hak saya,” tegas Fazurina.

Sumber : Gua.com

SKIP THIS AD ×