berita

Khairul Fahmi & Leuniey Sah Kahwin Disember Ini

October 25th, 2012 | by M
Kini Trending

Bukan lagi gosip, bukan lagi ura-ura. Khabar angin perkahwinan Khairul Fahmi – Leuniey yang selama ini digembar-gemburkan menemui titik noktah apabila rakan media, Murai mendapat pengesahan secara lisan melalui pengurus peribadi penjaga gol Malaysia, Mohd Razif Mohd Rosdi.

“Ya, memang betul. Apex bakal berkahwin dengan Leuniey pada Disember ini. Pun begitu, untuk sementara waktu berikan Apex masa yang sesuai untuk menerangkan lebih lanjut tentang persediaannya ke alam berumahtangga.”

Razif berkata bukanlah niat Apex untuk menyembunyi khabar gembira tersebut daripada pengetahuan media. Ia disebabkan Apex ingin memberikan fokus sepenuhnya terhadap Piala AFF Suzuki bagi mengulangi kejayaan Malaysia menjuarai kejohanan tersebut sekitar 2 tahun lepas.

Kata Razif lagi, pihak mereka akan memberikan maklumat yang lebih terperinci apabila tiba masa yang sesuai dan meminta peminat agar mendoakan segala perancangan yang diaturkan berjalan lancar.

Sekitar akhir bulan September, OHBULAN ada mengusik Khairul Fahmi – Leuniey bertunang melalui artikel Foto Mesra Khairul Fahmi & Leuniey. Bakal Bertunang? setelah beberapa foto mesra mereka dimuatnaik ke laman instagram. Nampaknya, hampir betul lah telahan kami.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×