berita

Khasiat Sabun Beras

July 5th, 2012 | by Noraini Nasir | 18 comments
Gaya Hidup

Khasiat Sabun Beras

Kecantikan merupakan salah satu aspek penting bagi wanita. Setiap wanita semestinya tidak akan lari untuk membincangkan isu kecantikan dan cara penjagaan kulit wajah yang sempurna. Di sini pihak OHBULAN! ingin kongsikan khasiat sabun beras, yang difahamkan mampu memberi kesan yang efektif pada kulit wajah dan secara tidak langsung mampu mengatasi masalah kulit yang dialami oleh sesetengah wanita.

Selain itu, sabun beras turut difahamkan mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti minyak kelapa, minyak sawit, sodioum hydroxide solution, susu beras muda, biji gandum, glycerine, vitamin C,vitamin E dan juga AHA. Ini membuktikan bahawa sabun beras ini selamat digunakan dan tiada kandungan bahan kimia yang boleh mendatangkan kesan sampingan pada kulit wajah.

Disini terdapat beberapa khasiat sabun beras yang perlu anda tahu:

Menegang, Melembut Dan Mencerahkan Kulit

Sabun beras dikatakan mampu menegang, melembut dan mencerahkan kulit wajah. Ini membuktikan bahawa, sabun beras ini amat sesuai untuk wanita yang sudah berusia bagi mengekalkan ketegangan kulit dan kelembutan wajah.

Menanggalkan Kotoran, Minyak, Dan Sel Kulit Mati.

Sabun beras difahamkan mampu merawat sel kulit mati dan secara tidak langsung mampu menanggalkan kotoran dan minyak pada kulit. Bagi wanita yang mengalami masalah kulit berminyak, anda boleh menggunakan sabun beras ini bagi mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah.

Memudar, Menghilangkan Jerawat Dan Jeragat

Sabun beras turut dikatakan mampu memudar dan menghilangkan kesan jerawat serta jeragat pada kulit wajah. Ini menunjukkan bahawa, wanita yang mengalami masalah kulit berjerawat boleh mencuba sabun ini bagi menghalang pembentukan jerawat pada wajah.

Menanggalkan Kesan Solekan

Sabun beras sesuai digunakan sebagai bahan untuk menanggalkan kesan solekan pada wajah. Dengan ini, anda tidak perlu membazirkan wang untuk membeli make up remover setiap bulan. Dengan menggunakan sabun beras sahaja, anda sudah mampu menanggalkan kesan solekan dengan sempurna pada wajah.

Sumber : Niaga24jam.com

18 Comments

  1. twitter_Bobomeetworld says:

    bagi yang kulit berminyak..muka jadi tegang, pedih dan kemerahan..auch!

    (0)
    • gajah Putih says:

      sye punye kulit pun jenis berminyak tapi alhamdulillah pakai produk susu beras ni ok…
      sye rase mungkin
      1) kulit awak ade resdung kot.
      dulu muke sye pun tak banyak jerawat tapi ade resdung…klu pakai mmg pedih dan gatal2 tapi lepas beberapa hari ok.
      2) kulit awak jenis sensitif maybe sebelum ni awak pakai produk pencerah yg boleh mnipiskan kulit.beras ni boleh mengecutkan jerawat sebab tu kalau orang yg kulit nipis atau luka pakai pedih sikit.
      Tapi mmg elok pakai sabun ni berbanding penccuci muka ade bahan kimia…
      Ni berdasarkan pengalaman saya…

      (0)
  2. LLM says:

    Sabun apa tu. Bagi nama, nak try jugak.

    (0)
  3. kelas ko maria says:

    KAWAN2 BOLEH ORDER SABUN NI DENGAN SAYA HANYA RM5 SEKETUL

    http://www.facebook.com/pages/Sabun-Susu-Beras/320915651316521

    (0)
  4. oma says:

    korang pegi kat mall atau kedai jual jamu atau kosmetik, tanya ja dorang nak beli sabun beras satu . RM LIMA sjh. takyah nak order2.

    (0)