berita

Kim Jin Sung Nafi Bercinta Dengan Hanez Suraya

July 2nd, 2013 | by Ai
Kini Trending

JS

Pelakon dan model kelahiran Seoul, Kim Jin Sung yang mula mencipta nama di Malaysia menyangkal dakwaan menyimpan perasaan terhadap Hanez Suraya sambil berkongsi ciri-ciri gadis idamannya.

Saya suka Hanez, walaupun dia hampir menepati ciri-ciri gadis idaman yang saya cari tetapi tidaklah sampai saya bercinta dengannya.

Sejujurnya saya tidak tahu mengenai khabar angin yang dikaitkan antara saya dan Hanez. Kami tiada hubungan istimewa kerana masing-masing professional sewaktu bekerja. Tapi apa yang saya boleh katakan, dia adalah seorang kawan yang baik.

Menurut Kim Jin Sung atau lebih mesra disapa JS, dia menggemari gadis yang tinggi, bijak serta cantik untuk dijadikan teman hidup.

HS JS

Beralih soal kariernya pula, JS akui selesa bekerja di Malaysia walaupun masih tidak mempercayai bahawa dirinya semakin dikenali di sini berbanding negara asalnya.

Di Korea, saya hanya membintangi watak sampingan dan banyak terlibat dengan kerja-kerja modelling sambil menyambung pelajaran di universiti.

Mungkin sudah rezeki JS di negara jiran, sebaik sahaja ditawarkan membintangi drama Autumn Dihatiku sebagai watak utama, pelakon kacak ini terus dilamar untuk berlakon iklan di Hong Kong pula.

Selain daripada itu, JS yang ditemui ketika sidang media pelancaran Autumn Dihatiku menyatakan hasratnya untuk tinggal di Malaysia jika mendapat tawaran berlakon yang agak menggalakkan daripada syarikat produksi tempatan.

Buat masa ini belum tahu bila saya akan pulang ke Korea namun jika ada tawaran berlakon, saya mahu tinggal di Malaysia.

Autumn di hatiku

Barisan pelakon Autumn Dihatiku

Sekalipun boleh berbahasa Melayu dengan agak baik, JS mengakui cabarannya agak berat untuk melakonkan watak Autumn kerana sukar untuk menghafal skrip berbahasa Melayu serta kepayahannya mengekspresikan emosi.

Untuk pengetahuan semua, JS dan Hanez Suraya sama-sama membintangi drama bersiri online berjudul Autumn Dihatiku yang bakal ditayangkan di Tonton mulai 3 Julai 2013.

Selain daripada mereka berdua, Autumn Dihatiku turut menampilkan beberapa pelakon baru yang semakin menyerlah seperti Aiman Hakim, Ezzaty Abdullah dan Anas Ridzuan.

SKIP THIS AD ×